Malaysia

Kehidupan Kekal

Soalan: Bagaimana menerima pengampunan dosa daripada Tuhan?

♡♡♡

Rakyat Malaysia & Brunei ... ♡♡♡ ... Terdapatkah kehidupan abadi?

Photo Malaysia
http://goo.gl/073LDQ

 

Yesaya 17
1. Yahweh berfirman, "Damsyik tidak lagi merupakan sebuah kota, tetapi hanya setimbunan runtuhan.

 

Kisah Rasul-Rasul 26
13. Tuanku, pada masa hamba di tengah perjalanan, kira-kira pada tengah hari, hamba melihat cahaya yang lebih terang daripada matahari. Cahaya itu datang dari langit dan menyinari sekeliling hamba dan semua orang yang berjalan bersama dengan hamba.
14. Kami semua jatuh ke tanah. Lalu hamba mendengar suara berkata kepada hamba dalam bahasa Ibrani, `Saulus, Saulus! Mengapa engkau menganiaya Aku? Jika engkau terus melawan, engkau hanya menyakiti dirimu sendiri; engkau seperti seekor lembu yang menendang kayu penggiring yang tajam hujungnya.'
15. Lalu hamba bertanya, `Siapakah tuan?' Tuhan menjawab, `Aku Yesus yang engkau aniaya.
16. Bangunlah dan berdirilah! Aku sudah menampakkan diri kepadamu dengan tujuan melantik engkau menjadi hamba-Ku. Engkau harus memberitahu orang lain apa yang engkau lihat hari ini tentang Aku dan tentang apa yang akan Aku tunjukkan kepadamu pada masa akan datang.
17. Aku akan menyelamatkan engkau daripada bangsa Israel dan daripada bangsa lain yang bukan Yahudi. Aku mengutus engkau kepada mereka,
18. untuk membuka mata mereka, supaya mereka keluar dari kegelapan dan memasuki cahaya yang terang; supaya mereka dilepaskan daripada kuasa Iblis lalu dikuasai oleh ELOHIM. Oleh itu, dengan kepercayaan mereka kepada-Ku, dosa mereka akan diampunkan dan mereka akan menjadi umat yang dipilih oleh ELOHIM.

 

1. Yohanes 4
16. Kita sendiri tahu dan benar-benar yakin bahawa ELOHIM mengasihi kita. ELOHIM itu kasih. Sesiapa yang sentiasa mengasihi orang lain, hidup bersatu dengan ELOHIM, dan ELOHIM hidup bersatu dengan dia.

 

 

1. Korintus 1
18. Bagi orang yang menuju kebinasaan, berita tentang kematian Kristus pada kayu salib itu tidak bererti apa-apa. Tetapi bagi kita yang diselamatkan oleh ELOHIM, berita itu menunjukkan kekuasaan ELOHIM.

 

 

1 Korintus 10
14. Oleh itu, saudara-saudara yang aku kasihi, jauhkanlah diri daripada penyembahan berhala.

 

 

Lukas 12
4. "Ingatlah, sahabat-sahabat-Ku! Janganlah takut akan mereka yang mengambil nyawa, tetapi kemudian tidak berkuasa berbuat apa-apa lagi.
5. Biarlah Aku tunjukkan siapa yang mesti kamu takuti. Takutlah akan ELOHIM, kerana Dia berkuasa mengambil nyawa orang, dan Dia juga berkuasa membuang orang itu ke dalam neraka! Percayalah, ELOHIM yang harus kamu takuti!

Matius 25
31. "Apabila Anak Manusia datang sebagai Raja dengan semua malaikat suci dengan-Nya, Dia akan duduk di atas takhta-Nya yang mulia.
32. Umat manusia di bumi ini akan dikumpulkan di hadapan-Nya. Kemudian Dia akan memisahkan mereka menjadi dua kumpulan, seperti gembala memisahkan domba daripada kambing.
...
41 Kemudian Raja itu akan berkata kepada kumpulan orang di sebelah kiri-Nya, `Pergi dari sini, hai kamu yang dikutuk! Pergilah ke dalam api yang tidak dapat padam yang telah disediakan untuk Iblis dan malaikat-malaikatnya!

 


Soalan: Adakah Kitab Injil benar-benar Firman Tuhan?
http://www.gotquestions.org/Melayu/Kitab-Injil-Perkataan-Tuhan.html

 

 

 

 

Matius 16
13. Yesus pergi ke daerah dekat kota Kaisarea Filipi. Di situ Dia bertanya kepada pengikut-pengikut-Nya, "Menurut kata orang siapakah Anak Manusia itu?''
14. Mereka menjawab, "Ada yang berkata Yohanes Pembaptis. Ada juga yang berkata Elia, sedangkan yang lain berkata Yeremia atau salah seorang nabi.''
15. "Tetapi menurut kamu, siapakah Aku ini?'' tanya Yesus.
16. Simon Petrus menjawab, "Guru ialah Penyelamat yang diutus oleh ELOHIM, Anak ELOHIM Yang Hidup.''
17. "Hai Simon anak Yohanes, berbahagialah engkau!'' kata Yesus, "Bukannya manusia yang memberitahukan hal itu kepadamu, tetapi Bapa-Ku di syurga yang memberitahumu.


Lukas 9
21. Dengan tegas Yesus berkata kepada pengikut-pengikut-Nya, "Jangan ceritakan hal itu kepada sesiapa pun.''
22. Dia berkata juga, "Anak Manusia mesti mengalami banyak penderitaan, serta ditentang oleh para pemimpin masyarakat, ketua imam, dan guru Taurat. Dia akan dibunuh, tetapi pada hari ketiga Dia akan dibangkitkan.''

 


Yohanes 14
29. Demikianlah Aku memberitahukan semua ini kepada kamu sekarang, sebelum semuanya berlaku, supaya apabila berlaku kelak, kamu akan percaya kepada-Ku.

 

 

Yohanes 6
47. Apa yang Aku katakan ini benar: Orang yang percaya kepada-Ku mempunyai hidup sejati dan kekal.
 
 
= Uji Nubuat = Apakah kebenaran itu = Alkitab & Quran = (Melayu)
http://goo.gl/rzj0TO
 

處罰或赦免?
http://goo.gl/fwJDKr

照片
http://goo.gl/F2rMwo

Indonesia
http://goo.gl/gH4FDz

Foto
http://goo.gl/yDp6kb
 
 
 
 
Yohanes 8
12. Yesus berkata lagi kepada orang Farisi, "Akulah cahaya bagi dunia. Orang yang mengikut Aku tidak akan berjalan dalam kegelapan, tetapi beroleh cahaya yang memberikan hidup.''
...
23. Yesus berkata, "Kamu datang dari bawah, tetapi Aku datang dari atas. Kamu berasal dari dunia; Aku tidak berasal dari dunia.
24. Itulah sebabnya Aku berkata kepada kamu, bahawa kamu akan mati dalam dosa kamu. Memang kamu akan mati dalam dosa kamu, jika kamu tidak percaya bahawa `Akulah Dia yang menyebut diri-Nya AKU.' ''
...
36. Oleh itu, jika Anak membebaskan kamu, kamu benar-benar bebas.
 
 
 
 
Yohanes 10
17. Bapa mengasihi Aku kerana Aku bersedia menyerahkan nyawa-Ku, supaya Aku boleh menerimanya kembali.
...
28. Aku memberi mereka hidup sejati dan kekal, dan mereka tidak akan binasa. Tidak seorang pun dapat merampas mereka dari tangan-Ku.
 
 
 
 

Matius 7
13. "Masuklah melalui pintu yang sempit, kerana pintu dan jalan yang menuju ke neraka itu lebar dan lapang! Banyak orang yang mengambil jalan itu.
14. Tetapi pintu dan jalan yang menghala ke hidup sejati itu sempit dan susah. Hanya sedikit orang yang mendapati jalan itu.''
15. "Waspadalah terhadap nabi palsu. Mereka datang kepada kamu dengan rupa domba, tetapi sebenarnya mereka seperti serigala buas.

 

 

 

 

Question: "Is the Bible truly God's Word? Check!"
= 365 Messianic Prophecies = fulfilled =
= 7 signs of Yeshua Ha'Mashiach’s (Jesus Christ) return & Prophecies =
https://sites.google.com/site/hbtvnet/02-365-messianic-prophecies-fulfilled
 
 

 

 

 

1.Yohanes 5
12. Sesiapa yang mempunyai Anak ELOHIM, mempunyai hidup itu; dan sesiapa yang tidak mempunyai Anak ELOHIM, tidak mempunyai hidup itu.
13. Aku menulis surat ini kepada kamu yang percaya kepada Anak ELOHIM, supaya kamu tahu bahawa kamu sudah mempunyai hidup sejati dan kekal.
 
 
 
 
 
 
Yohanes 11
23. Yesus berkata kepada Marta, "Saudaramu akan hidup kembali.''
24. Marta menjawab, "Aku tahu bahawa Lazarus akan hidup semula apabila orang mati dibangkitkan pada Hari Kiamat.''
25. Yesus berkata kepada Marta, "Akulah yang membangkitkan orang mati dan yang memberikan hidup. Sesiapa yang percaya kepada-Ku akan hidup, meskipun dia sudah mati.
26. Orang yang hidup dan percaya kepada-Ku, tidak akan mati selama-lamanya. Adakah kamu percaya akan hal ini?''
27. "Ya Tuhan,'' jawab Marta, "aku percaya bahawa Tuhan Anak ELOHIM, Penyelamat yang diutus oleh ELOHIM, dan yang dijanjikan untuk datang ke dunia ini.''
28. Setelah Marta berkata demikian dia pun pergi memanggil Maria, saudaranya lalu berbisik kepadanya, "Guru di sini dan Dia memanggil kamu.''
29. Mendengar hal itu, Maria cepat-cepat bangun lalu pergi menjumpai Yesus.
30. Ketika itu, Yesus belum masuk ke kampung itu. Dia masih di tempat Marta menjumpai-Nya.
31. Orang Yahudi yang sedang menghibur Maria di rumah, mengikuti Maria ketika mereka melihat Maria bangun dengan cepat lalu keluar. Mereka menyangka dia hendak pergi ke kubur Lazarus untuk menangis di sana.
32. Apabila Maria sampai ke tempat Yesus dan melihat Dia, Maria berlutut pada kaki Yesus dan berkata, "Tuhan, jika Tuhan di sini pada masa itu, tentu saudaraku masih hidup!''
33. Apabila Yesus melihat Maria menangis dan semua orang Yahudi yang datang bersama-sama Maria juga menangis, Yesus sedih hati dan terharu.
34. Dia bertanya kepada mereka, "Di manakah kamu mengubur dia?'' Mereka menjawab, "Mari lihat, Tuhan.''
35. Yesus menangis.
36. Semua orang Yahudi di situ berkata, "Lihatlah! Dia sangat mengasihi Lazarus.''
37. Tetapi beberapa orang antara mereka berkata, "Dia dapat membuat orang buta melihat. Mengapa dia tidak dapat mencegah kematian Lazarus?''
38. Yesus sangat terharu lagi, lalu Dia pergi ke kubur. Kubur itu sebuah gua yang ditutup dengan sebuah batu besar.
39. Lalu Yesus berkata, "Tepikan batu ini.'' Tetapi Marta, saudara orang yang meninggal itu menjawab, "Tuhan, sudah empat hari dia dikuburkan. Tentu busuk baunya!''
40. Yesus berkata kepada Marta, "Tidakkah Aku berkata kepadamu: Jika kamu percaya, kamu boleh melihat betapa besarnya kuasa ELOHIM?''
41. Mereka mengetepikan batu itu, lalu Yesus menengadah ke langit dan berkata, "Aku bersyukur kepada-Mu, ya Bapa, kerana Engkau mendengar permintaan-Ku.
42. Aku tahu bahawa Engkau sentiasa mendengar permintaan-Ku. Aku berkata demikian untuk kebaikan semua orang di sini, supaya mereka percaya bahawa Engkaulah yang mengutus Aku.''
43. Setelah Yesus berkata demikian, Dia berseru dengan suara kuat, "Lazarus, keluar!''
44. Lazarus pun keluar. Tangan dan kakinya masih terbalut dengan kain kafan dan mukanya tertutup dengan kain penutup muka. Yesus berkata kepada orang ramai di situ, "Tanggalkan kain yang membalutnya dan biarlah dia pergi.''
45. Banyak orang Yahudi yang datang melawat Maria, melihat apa yang dilakukan oleh Yesus, lalu mereka percaya kepada Yesus.
 
 
 
 
 
 
Lukas 5
20. Apabila Yesus melihat betapa besarnya iman mereka, Dia berkata kepada orang itu, "Hai kawan, dosamu sudah diampunkan.''
21. Semua guru Taurat dan orang Farisi di situ mula bercakap sesama sendiri, "Siapakah orang ini? Dia mengkufuri ELOHIM! Tidak seorang pun dapat mengampunkan dosa, kecuali ELOHIM!''
22. Yesus mengetahui apa yang difikirkan mereka, lalu Dia berkata, "Mengapa kamu berfikir demikian?
23. Manakah yang lebih mudah, mengatakan, `Dosamu sudah diampunkan' atau `Bangunlah dan berjalan'?
24. Tetapi kepada kamu Aku akan membuktikan bahawa di atas bumi ini Anak Manusia berkuasa untuk mengampunkan dosa.'' Lalu Yesus berkata kepada orang lumpuh itu, "Aku berkata kepadamu, bangunlah, angkatlah tikarmu, dan pulanglah!''
25. Dengan segera orang itu bangun di hadapan mereka semua, lalu mengangkat tikarnya dan pulang sambil memuji ELOHIM.

 
 
 
 
 
 
 
Yohanes 5
25. Percayalah: Akan tiba masanya, malah sudah tiba, apabila orang mati akan mendengar suara Anak ELOHIM, dan orang yang mendengarkan apa yang dikatakan-Nya akan hidup.
26. Sebagaimana Bapa sendiri sumber hidup, Dia menjadikan Anak-Nya sumber hidup juga.
27. Dia sudah memberikan kuasa kepada Anak untuk menghakimi, kerana Anak itu Anak manusia.
28. Janganlah kamu hairan mendengar hal ini, kerana akan tiba masanya apabila semua orang mati akan mendengar suara-Nya,
29. lalu keluar dari kubur. Orang yang berbuat baik akan bangkit dan hidup, tetapi orang yang berbuat jahat akan bangkit dan dihukum.''
 
 
 
 
 
Kolose 3
4. Hanya Kristus yang dapat menyebabkan hidup kamu betul-betul bererti, dan apabila Dia menampakkan diri lagi di bumi, kamu juga akan bersama-sama Dia dan menikmati kemuliaan-Nya!
5. Oleh itu, matikanlah keinginan duniawi yang menguasai diri kamu, seperti perbuatan cabul, perkara yang tidak senonoh, hawa nafsu, keinginan yang jahat, dan ketamakan (kerana ketamakan itu serupa dengan penyembahan berhala).
6. Perkara-perkara semacam itu membangkitkan kemurkaan ELOHIM terhadap orang yang tidak menurut perintah-Nya.
7. Dahulu kamu sendiri pun hidup menuruti keinginan-keinginan demikian, pada masa kamu dikuasai olehnya.
8. Tetapi sekarang kamu tidak boleh berbuat hal-hal ini lagi: marah, mengamuk, dan mempunyai perasaan benci terhadap orang lain. Janganlah caci maki orang ataupun guna kata-kata lucah.
9. Janganlah saling mendustai, kerana kamu sudah membuang hidup yang lama dengan semua sifatnya.
10. Sekarang kamu menjadi manusia baru yang sentiasa dibaharui oleh Penciptanya iaitu ELOHIM, supaya menjadi seperti Dia. Dengan demikian kamu dapat mengenal ELOHIM dengan sempurna.
11. Dengan demikian lenyaplah perbezaan antara orang bukan Yahudi dengan orang Yahudi, orang bersunat dengan orang yang tidak bersunat, orang asing dengan orang biadab, abdi dengan orang bebas. Kristuslah segala-galanya dan Dia bersatu dengan mereka semua.
12. Kamu umat ELOHIM. ELOHIM mengasihi kamu dan memilih kamu supaya menjadi milik-Nya sendiri. Oleh itu, kamu harus berbelas kasihan, baik hati, rendah hati, lemah lembut, dan bersabar.
13. Hendaklah kamu saling bersabar dan saling mengampuni apabila ada yang menaruh dendam terhadap orang lain. Kamu harus saling mengampuni sebagaimana Tuhan sudah mengampuni kamu.
 
 
 
 
 
 
Yohanes 9
35. Yesus mendengar bahawa mereka telah melarang orang itu masuk ke rumah ibadat. Apabila Yesus menjumpai dia, Yesus berkata kepadanya, "Adakah kamu percaya kepada Anak ELOHIM?''
36. Orang itu menjawab, "Tuan, siapakah Dia? Tolong beritahu supaya saya boleh percaya kepada-Nya.''
37. Yesus berkata kepadanya, "Kamu sudah melihat Dia. Dialah yang bercakap dengan kamu sekarang ini.''
38. Orang itu menjawab, "Ya Tuhan, saya percaya.'' Lalu dia sujud di hadapan Yesus.
 

 

 

  Alkitab - Melayu   
(Perjanjian Baru)
http://goo.gl/l22ZdN

 

Soalan: Bagaimana menerima pengampunan dosa daripada Tuhan?

 * Bahasa Yunani mengesahkan 'Parakletos'
 * Naskhah-naskhah Yunani mengesahkan 'Parakletos'
 * Oleh itu, Muhammad bukannya 'Parakletos'
 * Jadi Siapakah Parakletos itu?
 * Jawapannya adalah Roh Kudus, yang telah tiba 50 Hari Kemudiannya
 * Apa pula dengan ramalan itu?...

= Uji Nubuat = Apakah kebenaran itu = Alkitab & Quran = (Melayu)
http://goo.gl/rzj0TO

 


Bahasa Biatah - Alkitab    (online + download)
http://ge.tt/72tZZ6f

Bahasa Dusun - Alkitab    (online + download)
http://ge.tt/3OvCu6f

Bahasa Iban Alkitab - Indonesia & Malaysia - (download)
http://ge.tt/5i4q1gK

Bahasa Kenyah - Alkitab (download)
http://ge.tt/8iVeqhI

 

處罰或赦免?
http://goo.gl/JZgbao


聖經 - 舊約全書 - 和  - 新約全書    (download)
http://ge.tt/1w4kuaa

 



Indonesia - Pertanyaan: Bagaimana saya menerima pengampunan dari Tuhan?
http://goo.gl/QQjzXK

Apakah Muhammad Disebutkan Dalam Alkitab?
http://goo.gl/B8sf9u

 

Alkitab Indonesia  (Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru) - membaca online + download
http://goo.gl/LE7S3v

Alkitab - Bahasa Indonesia  (download ...Jawa, Toba, Aceh, Amarasi....)
http://ge.tt/7JPqf1b

 

Pertemuan dengan Tuhan Yesus Kristus - video - (Cerita Dini, Indonesia)
http://vimeo.com/44719098

 

 

 



Lukas 24
1. Pada hari Ahad, ketika hari masih subuh, wanita-wanita itu pergi ke kubur dan membawa ramuan yang sudah disediakan oleh mereka.
2. Mereka mendapati batu penutup pintu kubur sudah digulingkan.
3. Lalu mereka masuk ke dalam kubur itu, tetapi tidak mendapati jenazah Tuhan Yesus.
4. Sementara mereka berdiri di situ dan kehairanan memikirkan hal ini, tiba-tiba dua orang lelaki yang mengenakan pakaian yang berkilau-kilauan berdiri di sisi mereka.
5. Kerana ketakutan, wanita-wanita itu bersujud. Lalu kedua-dua orang itu berkata kepada mereka, "Mengapakah kamu mencari orang hidup antara orang mati?
6. Dia tidak ada di sini; Dia sudah bangkit! Ingatlah akan apa yang telah dikatakan-Nya kepada kamu sewaktu Dia di Galilea:
7. Anak Manusia mesti diserahkan kepada orang berdosa, lalu disalibkan, dan bangkit pada hari ketiga.' ''
8 Barulah semua wanita itu ingat akan kata-kata Yesus.
9. Setelah mereka balik dari kubur itu, mereka memberitahukan segala perkara itu kepada sebelas orang rasul dan semua pengikut yang lain.
10. Kumpulan wanita itu terdiri daripada Maria Magdalena, Yohana, dan Maria ibu Yakobus. Bersama dengan wanita-wanita lain, mereka memberitahukan perkara itu kepada rasul-rasul.
11. Tetapi rasul-rasul itu menyangka wanita-wanita itu mengatakan yang bukan-bukan. Mereka tidak percaya akan cerita itu.
12. Tetapi Petrus bangun lalu lari ke kubur. Dia membongkok, lalu menengok ke dalam dan nampak hanya kain kafan di situ. Dia pulang ke rumah dengan kehairanan kerana memikirkan apa yang telah berlaku.
13. Pada hari itu juga, dua orang daripada pengikut Yesus sedang pergi ke pekan bernama Emaus, kira-kira sebelas kilometer jauhnya dari Yerusalem.
14. Mereka berbincang tentang peristiwa yang sudah berlaku.
15. Sedang mereka bercakap dan bertukar pendapat, Yesus datang menghampiri mereka dan berjalan bersama-sama mereka.
16. Mereka nampak Yesus, tetapi entah bagaimana mereka tidak mengenal Dia. 17. Yesus berkata kepada mereka, "Apakah yang kamu percakapkan dalam perjalanan kamu ini?'' Mereka berhenti dengan muka yang sedih.
18. Lalu seorang daripada mereka yang bernama Kleopas bertanya kepada Yesus, "Adakah tuan satu-satunya orang di Yerusalem yang tidak mengetahui apa yang telah berlaku akhir-akhir ini?''
19. "Apakah yang telah berlaku?'' tanya Yesus. "Perkara-perkara yang berlaku kepada Yesus, orang Nasaret itu,'' jawab mereka. "Dia seorang nabi. Di sisi ELOHIM dan pada pandangan semua orang, Dia berkuasa kerana kata-kata-Nya mahupun perbuatan-Nya.
20. Para ketua imam dan penguasa bangsa kita menyerahkan Dia supaya dihukum mati, lalu mereka menyalibkan Dia!
21. Kami berharap bahawa Dialah yang akan membebaskan Israel! Lagi pula hari ini hari ketiga sejak kejadian itu.
22. Beberapa orang wanita daripada golongan kami memeranjatkan kami. Pada waktu fajar mereka pergi ke kubur,
23. tetapi tidak mendapati jenazah Yesus. Lalu mereka kembali dan berkata bahawa mereka nampak malaikat-malaikat yang memberitahukan bahawa Yesus hidup.
24. Beberapa orang di kalangan kami pergi ke kubur dan mendapati keadaannya seperti apa yang dikatakan oleh wanita-wanita itu, tetapi mereka tidak nampak Yesus.''
25. Lalu Yesus berkata kepada mereka, "Alangkah bodohnya kamu! Alangkah lambatnya kamu mempercayai semua yang dikatakan oleh nabi-nabi!
26. Bukankah Penyelamat yang diutus oleh ELOHIM harus mengalami penderitaan itu bagi mencapai kemuliaan-Nya?''
27. Kemudian Yesus menerangkan apa yang tertulis tentang diri-Nya di dalam seluruh Alkitab kepada mereka, mulai dari Kitab-Kitab Musa dan tulisan para nabi.
28. Mereka hampir tiba di pekan yang ditujui. Yesus kelihatannya seolah-olah hendak meneruskan perjalanan.
29. Tetapi mereka menjemput Dia bermalam. Mereka berkata, "Tinggallah dengan kami. Hari hampir malam, lagi pun sudah mulai gelap.'' Oleh itu Yesus masuk ke rumah untuk bermalam dengan mereka.
30. Dia makan bersama-sama mereka. Kemudian Dia mengambil roti, mengucap syukur kepada ELOHIM, lalu membahagi roti itu, dan memberikannya kepada mereka.
31. Maka sedarlah mereka bahawa orang itu Yesus. Tetapi Yesus lenyap daripada pandangan mereka.
32. Mereka bercakap sesama sendiri, "Tidakkah hati kita berasa seperti meluap, ketika Dia berkata-kata kepada kita di tengah jalan dan menerangkan isi Alkitab kepada kita?''
33. Mereka terus bangkit lalu balik ke Yerusalem. Di situ mereka mendapati sebelas orang rasul sedang berkumpul dengan pengikut yang lain.
34. Mereka berkata, "Memang benar Tuhan sudah bangkit! Dia sudah menampakkan diri kepada Simon!''
35. Lalu kedua-dua orang pengikut itu menerangkan apa yang berlaku di tengah jalan dan bagaimana mereka mengenali Tuhan pada masa Dia membahagi roti.
36. Sedang mereka bercerita tentang perkara itu, tiba-tiba Yesus berdiri di tengah-tengah mereka dan berkata, "Sejahteralah kamu!''
37. Mereka terkejut dan ketakutan, kerana menyangka mereka nampak hantu.
38. Tetapi Yesus berkata kepada mereka, "Mengapa kamu takut? Mengapa hati kamu ragu-ragu?
39. Lihatlah tangan-Ku dan kaki-Ku. Inilah Aku! Jamahlah Aku, maka kamu akan tahu bahawa Aku bukan hantu kerana hantu tidak mempunyai daging atau tulang, sedangkan Aku mempunyainya.''
40. Yesus berkata demikian sambil menunjukkan tangan dan kaki-Nya kepada mereka.
41. Mereka masih tidak dapat percaya, kerana terlalu gembira dan hairan. Yesus bertanya kepada mereka, "Adakah kamu mempunyai makanan di sini?''
42. Mereka memberikan sepotong ikan yang sudah dimasak kepada-Nya.
43. Yesus mengambil ikan itu dan makan di hadapan mereka.
44. Kemudian Dia berkata kepada mereka, "Inilah perkara-perkara yang telah Aku beritahu kamu tatkala Aku masih bersama-sama kamu: Setiap perkara yang tertulis tentang diri-Ku di dalam Taurat Musa, Kitab Nabi-Nabi dan Mazmur mesti berlaku.''
45. Kemudian Yesus membuka fikiran mereka supaya memahami maksud Alkitab.
46. Yesus berkata kepada mereka, "Sudah tertulis bahawa Penyelamat yang diutus oleh ELOHIM mesti mengalami penderitaan dan mesti bangkit daripada kematian pada hari ketiga.
47. Demi nama-Nya, perkhabaran bahawa manusia mesti bertaubat daripada dosa dan bahawa ELOHIM akan mengampunkan dosa, mesti diisytiharkan kepada semua bangsa mulai dari Yerusalem.
48. Kamulah saksi semua perkara ini.
49. Aku akan mengirim apa yang telah dijanjikan oleh Bapa kepada kamu. Tetapi kamu mesti menunggu di kota ini sehingga kuasa daripada ELOHIM turun kepada kamu.''
50. Kemudian Yesus membawa mereka ke luar kota sehingga ke Betania. Di situ Dia mengangkat tangan-Nya lalu memberkati mereka.
51. Sementara Yesus memberkati mereka, Dia terangkat ke syurga, lalu meninggalkan mereka.
52. Mereka sujud menyembah Dia, lalu balik ke Yerusalem dengan penuh kegembiraan.
53. Mereka sentiasa di Rumah Tuhan dan memuji ELOHIM.

 


Matius 5
11. Berbahagialah kamu apabila orang menghina, menganiaya, dan memfitnah kamu kerana kamu pengikut-Ku.
12. Nabi-nabi zaman dahulu juga dianiaya seperti itu. Bersukacitalah dan bergembiralah, kerana ELOHIM sudah menyediakan pahala yang besar di syurga untuk kamu.''


 

Yosua 24
23. Yosua berkata lagi, "Jika demikian, buanglah tuhan-tuhan bangsa asing yang ada pada kamu dan berjanjilah untuk setia kepada Yahweh, ELOHIM Israel."

 


Berhati-hati Katolik dan ortodoks adalah orang-orang musyrik, mereka tidak suka kepada Kristus.
Mereka berpura-pura menjadi orang Kristen. Tapi mereka tidak.
Cari Kristen evangelis, mereka benar-benar mendengar kepada Tuhan Yesus Kristus.
Mereka menyembah Maria, orang-orang kudus, ikon, die ...

 

 

 

Yesaya 19
1. Inilah perkhabaran Yahweh tentang Mesir. Yahweh datang ke Mesir mengendarai awan yang laju. Berhala-berhala Mesir gementar di hadapan-Nya dan penduduk Mesir hilang semangat.
2. Yahweh berfirman, “Aku akan menyebabkan perang saudara di Mesir: saudara melawan saudara, jiran melawan jiran, kota melawan kota, dan raja melawan raja untuk merebut kuasa.
3. Aku akan menggagalkan rancangan orang Mesir dan mematahkan semangat mereka. Mereka akan minta pertolongan daripada berhala-berhala mereka, minta nasihat dan petunjuk daripada bomoh dan arwah.
4. Tetapi Aku akan menyerahkan orang Mesir kepada seorang raja yang zalim. Mereka akan dijajah olehnya. Aku, Yahweh Yang Maha Kuasa telah berfirman.”

 

 

 

Zefanya 2
4. Tiada sesiapa lagi yang tinggal di kota Gaza. Kota Askelon akan ditinggalkan. Penduduk Asdod akan diusir dalam setengah hari, dan penduduk Ekron akan dihalau dari kota mereka.
5. Malanglah kamu, hai orang Filistin, bangsa yang tinggal di kawasan pantai. Yahweh telah menentukan hukuman bagi kamu. Dia akan membinasakan kamu, dan tiada seorang pun yang akan terselamat.
6. Tanah kamu di tepi laut akan menjadi padang rumput; gubuk gembala dan kandang domba akan dibina di situ.
7. Penduduk Yehuda yang terselamat akan menduduki tanah kamu. Mereka akan menggembalakan ternakan di situ, lalu pada malam hari mereka akan tidur di rumah-rumah di kota Askelon.
Yahweh, ELOHIM mereka akan menyertai mereka dan menjadikan mereka makmur semula.
8.
Yahweh Yang Maha Kuasa berfirman, "Aku telah mendengar bangsa Moab dan Amon menghina serta mengejek umat-Ku. Mereka bercakap besar kerana mereka akan merampas tanah umat-Ku.
9. Demi Aku
Yahweh yang hidup, ELOHIM yang disembah Israel, Aku bersumpah bahawa Moab dan Amon akan dimusnahkan seperti Sodom dan Gomora. Negeri-negeri itu akan dipenuhi perigi garam dan selama-lamanya menjadi puing-puing, yang ditumbuhi semak duri. Umat-Ku yang terselamat akan menjarah harta penduduk negeri-negeri itu lalu merampas tanah mereka."
10. Demikianlah penduduk Moab dan Amon akan dihukum kerana kesombongan dan keangkuhan mereka, dan juga kerana penghinaan mereka terhadap umat
Yahweh Yang Maha Kuasa.
11.
Yahweh akan menyebabkan mereka sangat ketakutan. Dia akan menghancurkan dewa-dewa di bumi. Kemudian semua bangsa akan beribadat kepada Yahweh, masing-masing di negeri sendiri.
12.
Yahweh juga akan menjatuhkan hukuman mati kepada penduduk Etiopia.
13. Selepas itu
Yahweh akan menggunakan kuasa-Nya untuk menghancurkan Asyur. Kota Niniwe akan dijadikan tempat yang sunyi sepi dan gurun yang tandus.
14. Di situ ternakan dan semua jenis haiwan akan berbaring. Burung hantu akan bersarang di reruntuhan itu dan berteriak-teriak dari jendela. Burung gagak akan menggauk-gauk di ambang-ambang pintu. Kayu sedar pada bangunan-bangunan kota itu akan habis ditanggalkan.

 

 


*******************************************************
For muslims, YAHWEH ELOHIM is written Allah.
YAHWEH ELOHIM it is not Allah, and Allah it is not YAHWEH ELOHIM, because Allah has no son, but YAHWEH ELOHIM has a son: the Lord Jesus Christ.
YAHWEH ELOHIM and Allah are very different.The Bible and Koran, are very different. It is not the same God.
................................................................
Bagi orang Islam, YAHWEH ELOHIM, ditulis Allah.
YAHWEH ELOHIM bukan Allah, dan Allah tidak YAHWEH ELOHIM, kerana Allah tidak mempunyai anak lelaki, tetapi YAHWEH ELOHIM mempunyai seorang anak, Tuhan Yesus Kristus.
YAHWEH ELOHIM dan Allah sangat berbeza. Alkitab dan Al-Quran, adalah sangat berbeza. Ia tidak adalah Tuhan yang sama.

*******************************************************
 

 


1. Kesaksian Jamilah - audio -
http://yourlisten.com/channel/content/16954989/1._Kesaksian_Jamilah

2. Kesaksian Sharifah - audio -
http://yourlisten.com/channel/content/16954992/2._Kesaksian_Sharifah

3. Kesaksian Hisham - audio -
http://yourlisten.com/channel/content/16954994/Kesaksian_Hisham

 

 


Soalan: Apakah agama yang betul untuk saya?
http://www.gotquestions.org/Melayu/Agama-untuk-saya.html

Soalan: Adakah Tuhan benar? Bagaimana saya dapat pastikan bahawa Tuhan adalah benar?
http://www.gotquestions.org/Melayu/Tuhan-benar.html

Soalan: Apakah tanda-tanda akhir zaman?
http://www.gotquestions.org/Melayu/tanda-akhir-zaman.html

Soalan: Adakah Kitab Injil benar-benar Firman Tuhan?
http://www.gotquestions.org/Melayu/Kitab-Injil-Perkataan-Tuhan.html

Soalan: Adakah Alkitab mengandungi kesalahan-kesalahan, pertentangan-pertenganan atau percanggahan?
http://www.gotquestions.org/Melayu/percanggahan-Alkitab.html

Soalan: Adakah Yesus jalan tunggal ke syurga?
http://www.gotquestions.org/Melayu/Yesus-Jalan-tunggal.html

Soalan: Muhammad di dalam Alkitab?
http://www.answering-islam.org/Bahasa/RencanaBF/muhammad_dalam_alkitab.html

Soalan: Mengapa kita perlu membaca/menyelidiki Alkitab?
http://www.gotquestions.org/Melayu/Mengapa-baca-selidik-Alkitab.html

Soalan: Adakah Yesus Tuhan? Adakah Yesus mengaku dirinya Tuhan?
http://www.gotquestions.org/Melayu/Yesus-Tuhan.html

Soalan: Apakah rancangan penyelamatan?
http://www.gotquestions.org/Melayu/Rancangan-penyelamatan.html

Soalan: Jika saya menukar ke agama Kristian, keluarga saya tidak akan mengakui saya dan saya akan diseksa oleh adat resam. Apakah yang boleh saya lakukan?
http://www.gotquestions.org/Melayu/penyeksaan-pertukaran.html

Soalan: Apa ertinya Yesus menyelamatkan?
http://www.gotquestions.org/Melayu/Yesus-menyelamatkan.html

 

 

 

 

 

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiZbKXfj4TOvcnRdnequym6uEMbk1fxfMPNTTxIxZtljwc0Qy4EXxBeEdVH_qUqcWyIRokBAspnMwBvPJjDOUVqjJzMPGN6JOHlIY604Dg0y8tC0zWuu5_KhSFlv6FZQkyo_aZvxL5zfWI9/s1600/torah.jpg

 

******************************
Ibrani = Melayu
******************************
Adam = lelaki
Seth = dilantik
Enosh = manusia
Kenan = kesedihan
Mahalalel = yang diberkati Elohim
Jared = akan turun
Enoch = pengajaran
Metusalah = kematian-Nya akan membawa
Lamekh = orang yang berputus asa
Nuh = keselesaan (atau rehat)

 

Genesis 5
"Man (is) appointed mortal sorrow; (but) the Blessed Elohimshall come down teaching (that) His death shall bring (the) despairing rest."

Kejadian 5
"Lelaki dilantik kesedihan manusia, tetapi yang diberkati ELOHIM akan datang mengajar bahawa kematian-Nya akan membawa seluruh orang yang putus asa"

 



(tahun 500 sebelum Kristus) - nubuatan tentang kedatangan Tuhan Yesus Kristus:

Zakharia 12  
1. Inilah perkhabaran daripada YAHWEH tentang Israel. YAHWEH yang membentangkan langit, menciptakan bumi, dan memberikan hidup kepada manusia berfirman,
...
9. Pada masa itu Aku akan membinasakan semua bangsa yang cuba menyerang Yerusalem.
10. Aku akan memberikan keturunan Daud dan penduduk Yerusalem hati yang suka mengasihani dan suka berdoa. Mereka akan memandang orang yang MENUSUK oleh mereka, lalu meratapinya seperti orang yang meratapi kematian anak tunggal. Mereka akan meratap dengan pilu, seperti orang yang kehilangan anak lelaki sulung.

Tuhan (Yahweh) mengambil daging manusia dan telah ditikam oleh penduduk Baitul Maqdis? Ya!


Yohanes 10
33. Orang Yahudi di situ menjawab, "Kami mahu merejam kamu bukan kerana perbuatanmu yang baik, tetapi kerana kamu mengkufuri ELOHIM! Kamu hanya manusia, tetapi kamu mahu menjadikan dirimu ELOHIM!''


Yohanes 10
58. Yesus menjawab, "Apa yang Aku katakan ini benar: Sebelum Abraham dilahirkan, AKU SUDAH ada.'


Matius 11
28. Marilah kepada-Ku, hai kamu semua yang lelah kerana memikul beban yang berat; Aku akan membebaskan kamu daripada beban kamu.





 

 

 


Berhati-hati Katolik dan ortodoks adalah orang-orang musyrik, mereka tidak suka kepada Kristus.
Mereka berpura-pura menjadi orang Kristen. Tapi mereka tidak.
Cari Kristen evangelis, mereka benar-benar mendengar kepada Tuhan Yesus Kristus.
Mereka menyembah Maria, orang-orang kudus, ikon, die ...

 



 

 



Markus 16
16. Orang yang percaya dan dibaptis akan selamat, tetapi orang yang tidak percaya akan dihukum.



Markus 14
61. Yesus diam sahaja dan tidak mahu berkata sepatah pun. Sekali lagi Imam Agung bertanya kepada-Nya, "Kamukah Penyelamat yang diutus oleh Kristus, Anak ELOHIM Yang Maha Suci?''
62. Yesus menjawab, "Ya! Kamu semua akan melihat Anak Manusia duduk di sebelah kanan Kuasa, serta datang dikelilingi awan dari langit!''



Wahyu 1
7. Lihatlah, Dia datang dengan awan! Semua orang akan melihat Dia, termasuk juga mereka yang sudah membunuh Dia. Semua bangsa di bumi akan meratap kerana Dia. Ya, tentu! Amin!
8.  "Akulah yang pertama dan yang terakhir,'' firman Tuhan Yang Maha Kuasa, yang ada, yang sudah ada, dan yang akan datang.
...
17. Ketika aku melihat-Nya, aku meniarapkan diri di hadapan-Nya seperti orang mati. Dia meletakkan tangan kanan-Nya padaku lalu berfirman, "Janganlah takut! Akulah yang awal dan yang penghujung.
18. Akulah Dia yang hidup! Aku sudah mati, tetapi lihatlah, Aku hidup selama-lamanya. Aku berkuasa atas kematian dan atas dunia orang mati.


 


1.Tesalonika 4
16. Pada masa itu malaikat agung akan berseru dengan suara yang kuat dan trompet ELOHIM dibunyikan, lalu Tuhan sendiri akan turun dari syurga. Mereka yang percaya kepada Kristus dan sudah meninggal dunia akan dihidupkan terlebih dahulu.
17. Kemudian kita yang masih hidup pada waktu itu akan diangkat bersama-sama mereka ke awan untuk berjumpa dengan Tuhan di angkasa. Lalu kita akan bersama-sama Tuhan selama-lamanya.

 



Kisah Rasul-Rasul 10
43. Semua nabi berkata-kata tentang Dia, supaya sesiapa yang percaya kepada-Nya, dosanya akan diampunkan dengan kekuasaan Yesus.'

 


Kisah Rasul-Rasul 13
38. Oleh itu, saudara-saudara, ketahuilah bahawa melalui Yesus berita tentang pengampunan dosa sudah disampaikan kepada saudara semua.

 


Kisah Rasul-Rasul 4
12. Hanya melalui Dia orang diselamatkan, kerana di seluruh dunia tiada orang lain yang mendapat kekuasaan daripada untuk menyelamatkan kita.''

 


Efesus 1
7. Dalam-Nya kita mendapat penebusan melalui darah-Nya, pengampunan dosa, menurut limpah kasih kurnia-Nya

 


Efesus 2
8. Hal itu demikian, kerana melalui iman, kamu diselamatkan, penyelamatan itu bukan hasil usaha kamu sendiri, melainkan kurnia ELOHIM:
9.  Oleh itu kamu tidak mempunyai alasan untuk bercakap besar tentang hal itu.

 

 


Yesaya 43
11. Hanya Akulah TUHAN, Aku sahaja yang dapat menyelamatkan kamu.

 


Soalan: Apakah ada yang disebut sebagai kebenaran mutlak/ kebenaran sejagat?
http://www.gotquestions.org/Melayu/kebenaran-mutlak.html

Soalan: Apakah definisi dosa?
http://www.gotquestions.org/Melayu/definisi-dosa.html

Soalan: Apakah sifat-sifat Tuhan? Bagaimanakah rupanya Tuhan?
http://www.gotquestions.org/Melayu/sifat-Tuhan.html

Soalan: Siapakah Yesus Kristus?
http://www.gotquestions.org/Melayu/Yesus-Kristus.html

Soalan: Apakah maksud Yesus ialah Anak ELOHIM?
http://www.gotquestions.org/Melayu/Yesus-Anak-Allah.html

Soalan: Apakah yang diajarkan Alkitab tentang Tritunggal?
http://www.gotquestions.org/Melayu/Tritunggal.htm

Soalan: Siapa Kata Al-Kitab Telah Diubah?
http://www.answering-islam.org/Bahasa/AlKitab/siapakata.html

Soalan: Apakah Yesus pernah mengklaim sebagai ELOHIM?     
http://www.gotquestions.org/Melayu/Yesus-Tuhan.html

Soalan: Apakah ada mahluk asing atau UFO?
http://www.gotquestions.org/Melayu/mahluk-asing.html


 


Yohanes 14
3. Setelah Aku pergi menyediakan tempat untuk kamu, Aku akan kembali lalu membawa kamu ke tempat-Ku, supaya kamu tinggal di tempat Aku tinggal.
...
6. Kata Yesus kepadanya: "Akulah jalan dan kebenaran dan hidup. Tidak ada seorang pun yang datang kepada Bapa, kalau tidak melalui Aku.




Lukas 4
40. Ketika matahari terbenam, semua orang yang mempunyai kawan yang menderita berbagai-bagai penyakit membawa mereka kepada Yesus. Yesus meletakkan tangan-Nya ke atas tiap-tiap orang dan menyembuhkan mereka semua.
41. Roh-roh jahat pun keluar daripada banyak orang, sambil berseru, "Engkau Anak ELOHIM!'' Yesus menengking roh-roh itu dan berkata, "Diam!'' Dia berkata demikian kerana roh-roh itu tahu bahawa Dia Penyelamat yang diutus oleh ELOHIM.



Ibrani 9
27. Semua orang mesti mati satu kali, dan setelah itu dihakimi,
28. Demikian juga Kristus dipersembahkan sebagai korban satu kali sahaja untuk menghapuskan dosa banyak orang. Dia akan menunjukkan diri sekali lagi, bukan untuk menyelesaikan masalah dosa, tetapi untuk menyelamatkan orang yang menantikan Dia.


 


Matius 15
18. Tetapi apa yang keluar dari mulut, berasal dari hati, dan hal-hal inilah yang menajiskan orang.
19. Dari hatilah timbul fikiran jahat, yang menyebabkan seseorang membunuh, berzina, berbuat cabul, merompak, memberikan kesaksian palsu, dan memfitnah.



Wahyu 20
10. Kemudian Iblis yang telah menipu mereka itu dibuang ke dalam lautan api dan belerang. Di situlah tempat binatang itu dan nabi palsu itu telah dibuang dahulu. Mereka semua akan diseksa siang dan malam untuk selama-lamanya.



Wahyu 21
8. Tetapi pengecut, pengkhianat, orang yang melakukan perbuatan cabul, pembunuh, orang yang lucah, orang yang mengamalkan ilmu ghaib, penyembah berhala, dan semua pendusta, akan dibuang ke dalam lautan api dan belerang yang bernyala-nyala, iaitu kematian tahap kedua.''



Matius 28   selepas kebangkitan:
16. Sebelas orang pengikut Yesus pergi ke bukit di Galilea seperti yang diperintahkan oleh Yesus kepada mereka.
17. Apabila mereka melihat Yesus, mereka menyembah Dia meskipun ada di kalangan mereka yang ragu-ragu.
18. Yesus menghampiri mereka lalu berkata, "Aku telah diberikan segala kuasa di syurga dan di bumi.
19. Pergilah kepada semua bangsa di seluruh dunia dan jadikanlah mereka pengikut-Ku. Baptislah mereka dengan menyebut nama Bapa, Anak, dan Roh Kudus.
20. Ajarlah mereka mentaati segala yang sudah Aku perintahkan. Ingatlah, Aku akan sentiasa menyertai kamu sehingga akhir zaman.''



Markus 16
14. Akhirnya, Yesus menampakkan diri kepada sebelas orang pengikut-Nya ketika mereka sedang makan. Dia menegur mereka kerana mereka kurang beriman dan terlalu degil, sehingga tidak percaya kepada kesaksian orang yang sudah melihat sendiri bahawa Dia hidup.
15. Yesus berkata kepada mereka, "Pergilah ke seluruh dunia dan khabarkanlah Berita Baik daripada ELOHIM kepada seluruh umat manusia.
16. Orang yang percaya dan dibaptis akan selamat, tetapi orang yang tidak percaya akan dihukum.


 


Matius 18
1. Pada waktu itu pengikut-pengikut Yesus datang kepada Yesus dan bertanya, "Siapakah yang dianggap terbesar antara orang yang menikmati Pemerintahan ELOHIM?''
2. Yesus memanggil seorang kanak-kanak dan menyuruhnya berdiri di hadapan mereka semua.
3. Lalu Yesus berkata, "Ketahuilah! Kecuali kamu mengubah sikap dan menjadi seperti kanak-kanak, kamu tidak dapat menikmati Pemerintahan ELOHIM.
4. Orang yang dianggap terbesar antara mereka yang menikmati Pemerintahan ELOHIM adalah orang yang merendahkan diri dan menjadi seperti kanak-kanak.
5. Sesiapa yang menyambut kanak-kanak seperti ini kerana Aku, menyambut Aku.''
6. "Sesiapa menyebabkan salah seorang pengikut-Ku yang kecil ini tidak lagi percaya kepada-Ku, lebih baik jika batu kisaran diikatkan pada leher orang itu, lalu dia ditenggelamkan ke dalam laut yang dalam.
7. Alangkah malangnya dunia ini kerana ada perkara-perkara yang menyebabkan orang berdosa. Perkara-perkara seperti ini akan sentiasa berlaku, tetapi malanglah orang yang menyebabkannya!



Markus 9
41. Ingatlah! Sesiapa yang memberi kamu minuman kerana kamu pengikut Kristus, pasti akan menerima pahalanya.''
42. "Sesiapa menyebabkan salah seorang pengikut-Ku yang kecil ini tidak lagi percaya kepada-Ku, lebih baik jika batu kisaran diikatkan pada leher orang itu, lalu dia dibuang ke dalam laut.




 




Yohanes 10
17. Bapa mengasihi Aku kerana Aku bersedia menyerahkan nyawa-Ku, supaya Aku boleh menerimanya kembali.
18. Tidak seorang pun dapat mengambil nyawa-Ku daripada-Ku. Aku menyerahkannya dengan rela. Aku berhak menyerahkannya dan Aku berhak mendapatnya kembali. Inilah tugas yang Aku terima daripada Bapa-Ku.''
...
27. Domba-domba-Ku mendengarkan suara-Ku. Aku mengenal mereka dan mereka mengikut Aku.
28. Aku memberi mereka hidup sejati dan kekal, dan mereka tidak akan binasa. Tidak seorang pun dapat merampas mereka dari tangan-Ku.
29. Apa yang diberikan oleh Bapa-Ku kepada-Ku lebih besar daripada segala-galanya. Tidak seorang pun dapat merampas mereka daripada tangan Bapa.
30. Bapa dan Aku satu.''
31. Kemudian orang Yahudi di situ memungut batu lagi untuk merejam Yesus.
32. Tetapi Yesus berkata kepada mereka, "Banyak perbuatan baik sudah Aku lakukan untuk kamu dengan kuasa Bapa-Ku. Perbuatan manakah yang menyebabkan kamu mahu merejam Aku?'' 33. Orang Yahudi di situ menjawab, "Kami mahu merejam kamu bukan kerana perbuatanmu yang baik, tetapi kerana kamu mengkufuri ELOHIM! Kamu hanya manusia, tetapi kamu mahu menjadikan dirimu ELOHIM!''


Siapa yang memberi Kehidupan kekal? Tuhan Yesus Al-masih!
 

 



Lukas 5
20. Apabila Yesus melihat betapa besarnya iman mereka, Dia berkata kepada orang itu, "Hai kawan, dosamu sudah diampunkan.''
21. Semua guru Taurat dan orang Farisi di situ mula bercakap sesama sendiri, "Siapakah orang ini? Dia mengkufuri ELOHIM! Tidak seorang pun dapat mengampunkan dosa, kecuali ELOHIM!''
22. Yesus mengetahui apa yang difikirkan mereka, lalu Dia berkata, "Mengapa kamu berfikir demikian?
23. Manakah yang lebih mudah, mengatakan, `Dosamu sudah diampunkan' atau `Bangunlah dan berjalan'?
24. Tetapi kepada kamu Aku akan membuktikan bahawa di atas bumi ini Anak Manusia berkuasa untuk mengampunkan dosa.'' Lalu Yesus berkata kepada orang lumpuh itu, "Aku berkata kepadamu, bangunlah, angkatlah tikarmu, dan pulanglah!''
25. Dengan segera orang itu bangun di hadapan mereka semua, lalu mengangkat tikarnya dan pulang sambil memuji ELOHIM.

Siapa yang mempunyai kuasa untuk mengampuni dosa? Tuhan Yesus
Al-masih!
 

 




Lukas 8
26. Mereka terus belayar ke daerah Gerasa di seberang Tasik Galilea.
27. Sedang Yesus naik ke darat, Dia didatangi seorang lelaki dari bandar. Orang itu dirasuk roh jahat. Sudah lama orang itu tidak berpakaian dan tidak mahu tinggal di rumah. Dia tinggal di gua kubur.
28. Apabila dia melihat Yesus, dia berteriak serta sujud di hadapan Yesus, dan berseru, "Hai Yesus, Anak ELOHIM Yang Maha Tinggi! Apakah yang akan Engkau lakukan terhadap aku? Aku mohon, janganlah seksa aku!''
29. Orang itu berkata demikian kerana Yesus telah memerintah roh jahat itu keluar daripadanya. Banyak kali roh jahat itu menguasai orang itu. Walaupun dia dijaga dengan ketat dan kaki tangannya dirantai, dia dapat memutuskan rantai itu, lalu roh jahat membawa dia ke padang gurun.
30. Yesus bertanya kepadanya, "Siapa namamu?'' Dia menjawab, " `Legiun' '' -- kerana banyak roh jahat sudah masuk ke dalam dirinya.
31. Roh-roh jahat itu memohon supaya Yesus tidak menghalau roh-roh itu ke Jurang Maut.
32. Dekat tempat itu ada kawanan babi sedang mencari makan di lereng bukit. Roh-roh jahat itu memohon supaya Yesus membenarkan roh-roh itu masuk ke dalam kawanan babi itu. Yesus bersetuju.
 

Siapa yang mempunyai kuasa atas Setan? Tuhan Yesus Al-masih! 



 



Yohanes 3
16. ELOHIM sangat mengasihi orang di dunia ini sehingga Dia memberikan Anak-Nya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepada Anak itu tidak binasa tetapi beroleh hidup sejati dan kekal.
17. ELOHIM mengutus Anak-Nya ke dunia ini bukan untuk menghakimi dunia, tetapi untuk menyelamatkannya.
18. Sesiapa yang percaya kepada Anak itu tidak dihukum, tetapi sesiapa yang tidak percaya sudah dihukum kerana dia tidak percaya kepada Anak ELOHIM yang tunggal.


 

 


Darah Yesus, Anak-Nya itu ELOHIM, menyucikan kita dari pada segala dosa:
1.Yohanes 1
7. Tetapi jika kita hidup dalam cahaya, sebagaimana ELOHIM ada dalam cahaya, maka kita hidup rukun dan darah Yesus, Anak-Nya, membersihkan kita daripada segala dosa.


 



Titus 2
11. Hal itu demikian, kerana ELOHIM sudah menunjukkan rahmat-Nya untuk menyelamatkan umat manusia.
12. Rahmat-Nya mengajar kita supaya hidup salih dan tidak mengejar hal-hal keduniaan. Di dalam dunia ini kita harus hidup dengan mengawal diri, jujur, dan menghormati ELOHIM.
13. Sekarang kita sedang menantikan Hari yang kita harap-harapkan itu, apabila keagungan ELOHIM Maha Besar dan Yesus Kristus Penyelamat kita akan kelihatan.






Yohanes 20
24. Tomas (yang disebut Si Kembar), seorang daripada dua belas orang pengikut Yesus, tidak bersama-sama mereka ketika Yesus datang.
25. Oleh itu, pengikut-pengikut lain memberitahu Tomas, "Kami sudah melihat Tuhan!'' Tetapi Tomas menjawab, "Kecuali aku melihat bekas paku pada tangan-Nya dan meletakkan jariku pada bekas luka itu, serta meletakkan tanganku pada rusuk-Nya, aku tidak mahu percaya.''
26. Seminggu kemudian, pengikut-pengikut Yesus berkumpul lagi di tempat itu dan Tomas hadir juga. Semua pintu terkunci, tetapi Yesus datang dan berdiri di tengah-tengah mereka lalu berkata, "Salam sejahtera!''
27. Kemudian Yesus berkata kepada Tomas, "Letakkanlah jarimu di sini, dan lihatlah tangan-Ku. Hulurkanlah tanganmu dan letakkanlah pada rusuk-Ku. Janganlah ragu-ragu lagi, tetapi percayalah!''
28. Tomas berkata kepada Yesus, "Ya Tuhanku! Ya ELOHIMku!''
29. Yesus berkata kepadanya, "Adakah kamu percaya kerana kamu sudah melihat Aku? Berbahagialah orang yang percaya meskipun tidak melihat Aku!''
30. Banyak lagi mukjizat lain yang dilakukan oleh Yesus di hadapan pengikut-pengikut-Nya, tetapi tidak ditulis di dalam kitab ini.
31. Tetapi semua ini ditulis supaya kamu percaya bahawa Yesus Anak ELOHIM, Penyelamat yang diutus oleh ELOHIM, dan kerana kamu percaya kepada-Nya, kamu beroleh hidup sejati.



 


Yohanes 1
11. Dia datang ke negeri-Nya sendiri, tetapi bangsa-Nya tidak menyambut Dia.
12. Tetapi kepada mereka yang menyambut Dia dan percaya kepada-Nya, mereka diberikan-Nya hak menjadi anak ELOHIM.
13. Mereka menjadi anak ELOHIM bukan dengan jalan dilahirkan oleh manusia, tetapi ELOHIM sendiri menjadikan mereka anak-anak-Nya.

 

 




1.Yohanes 3
1. Ketahuilah bahawa ELOHIM Bapa sangat mengasihi kita! Dia amat mengasihi kita, sehingga kita diakui sebagai anak-anak ELOHIM dan memang kita anak-anak ELOHIM. Itulah sebabnya dunia ini tidak mengenal kita, kerana dunia ini tidak mengenal ELOHIM.
2. Sahabat-sahabat yang aku kasihi! Kita sekarang anak-anak ELOHIM, tetapi keadaan kita kelak belum jelas. Tetapi kita tahu bahawa apabila Kristus datang, kita akan menjadi seperti Dia, kerana kita akan melihat Dia dalam keadaan-Nya yang sebenarnya.



 


_______

Berhati-hati Katolik adalah orang-orang musyrik, mereka tidak suka kepada Kristus.
Mereka berpura-pura menjadi orang Kristen. Tapi mereka tidak.
_______

 

 

 


- 500 tahun sebelum datang ke bumi dari Tuhan Yesus Kristus -
- nubuat untuk kembalinya Tuhan Yesus Kristus -



Zakharia 12   
1. Inilah perkhabaran daripada YAHWEH tentang Israel. YAHWEH yang membentangkan langit, menciptakan bumi, dan memberikan hidup kepada manusia berfirman,
2. "Aku akan menjadikan Yerusalem seperti secawan wain. Bangsa-bangsa di sekitar akan meminumnya lalu terhuyung-hayang seperti orang mabuk. Apabila mereka mengalahkan Yerusalem, kota-kota di seluruh Yehuda pun akan dikalahkan.
3. Pada masa itu kelak, Aku akan menjadikan Yerusalem seperti batu yang berat. Mana-mana bangsa yang cuba mengangkatnya akan cedera. Semua bangsa di bumi ini akan bersekutu untuk menyerang Yerusalem.
...
8. Pada masa itu Aku akan melindungi mereka yang tinggal di Yerusalem, bahkan orang yang paling lemah pun akan menjadi sekuat Daud. Mereka akan dibimbing oleh keturunan Daud seperti dibimbing oleh malaikat YAHWEH dan seperti dibimbing oleh ELOHIM sendiri.
9. Pada masa itu Aku akan membinasakan semua bangsa yang cuba menyerang Yerusalem.
10. Aku akan memberikan keturunan Daud dan penduduk Yerusalem hati yang suka mengasihani dan suka berdoa. Mereka akan memandang orang yang MENUSUK oleh mereka, lalu meratapinya seperti orang yang meratapi kematian anak tunggal. Mereka akan meratap dengan pilu, seperti orang yang kehilangan anak lelaki sulung.

dalam bahasa Ibrani (original)
http://www.scripture4all.org/OnlineInterlinear/Hebrew_Index.htm


 

 



- 835 tahun sebelum datang ke bumi dari Tuhan Yesus Kristus -

Yoel 3
2. Aku akan mengumpulkan semua bangsa dan membawa mereka ke Lembah Penghakiman. Aku akan menghakimi mereka di situ kerana segala perbuatan mereka terhadap umat-Ku. Mereka telah membuang umat-Ku ke berbagai negeri, dan membahagi-bahagikan tanah Israel, negeri milik-Ku.
...
4. Apakah yang kamu cuba lakukan kepada-Ku, hai Tirus, Sidon, dan seluruh wilayah Filistea? Adakah kamu cuba membalas dendam terhadap Aku? Jika demikian, Aku akan membalas kamu dengan segera.
...
9. Umumkanlah hal ini kepada bangsa-bangsa, ‘Bersiaplah untuk berperang, panggillah para pahlawan kamu; kumpulkanlah semua askar, dan maralah!
...
11. Marilah segera, hai bangsa-bangsa di sekitar, berkumpullah di lembah.’" Ya TUHAN, kirimlah tentera-Mu untuk menyerang mereka.

12. TUHAN berfirman lagi, "Bangsa-bangsa mesti bersiap dan datang ke Lembah Penghakiman. Di sana Aku, TUHAN akan duduk dan menghakimi, semua bangsa di sekitar.
...
14. Beribu-ribu orang berada di Lembah Penghakiman. Di sanalah Hari TUHAN akan segera datang.
15. Matahari dan bulan menjadi gelap, dan bintang-bintang tidak lagi bercahaya.
16. Suara TUHAN bergemuruh dari Bukit Sion; Dia mengguntur dari Yerusalem; langit dan bumi bergoncang, tetapi Dia akan melindungi umat-Nya.
17. "Oleh itu hai Israel, barulah kamu tahu, bahawa Akulah TUHAN, ELOHIM kamu. Aku tinggal di Sion, bukit-Ku yang suci. Yerusalem akan menjadi kota yang suci; orang bangsa asing tidak sekali-kali akan merampasnya lagi.
...
18. Pada masa itu gunung akan diliputi ladang anggur; ternakan akan terdapat di tiap-tiap bukit; semua sungai di Yehuda akan penuh air. Sebatang sungai akan mengalir dari Rumah TUHAN; sungai itu akan mengairi Lembah Akasia.
19. Mesir akan menjadi padang gurun, dan Edom menjadi timbunan puing, kerana mereka telah menyerang Yehuda dan membunuh penduduknya yang tidak bersalah.
20 - 21. Aku akan membalas dendam bagi pihak mereka yang telah dibunuh; Aku tidak akan membiarkan orang yang bersalah terlepas. Tetapi Yehuda dan Yerusalem akan dihuni orang selama-lamanya, dan Aku, TUHAN akan tinggal di Bukit Sion."



 


- 593 tahun sebelum datang ke bumi dari Tuhan Yesus Kristus -

perang besar terhadap Israel: Rusia(Mesekh,Tubal), Iran(Persia), Libia, Etiopia ...

The Ancient Nations    ---   The Modern Nations

*****************************************************************
Rosh       -------       Russia
*****************************************************************
Magog     -------    Kazakhstan, Kyrgyzstan, Uzbekistan, Turkmenistan, Tajikistan (and possibly Afghanistan)
*****************************************************************
Meshech, Tubal, Gomer, Togarmah       -------       Turkey

Ancient Muschki and Musku in Cilicia and Cappadocia.
Ancient Tubalu in Cappadocia.
Ancient Cimmerians - from the seventh century to first
century B.C. in central/western Anatolia.
Til-garimmu - between ancient Carchemish and Haran.
This is the Turkic-speaking peoples in south Russia, that spread out from Turkey,
across the Caucasus until across Central Asia.
*****************************************************************
Persia       -------        Iran
Name changed from Persia to Iran in 1935.
*****************************************************************
Cush       -------       Islamic North Sudan (and possibly Ethiopia)
Ancient Cush, south of Egypt.
*****************************************************************
Libya       -------       Libya (and possibly Algeria, Tunisia)
Ancient Put, west of Egypt..
*****************************************************************

 
 
 
 
 

 

 

 



 

 

 

 

 

 

 

 

 

 
 
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment