Soalan dan Jawapan (Mal)


Soalan: Apakah definisi dosa?

Jawapan: Alkitab menjelaskan dosa sebagai pelanggaran terhadap hukum-hukum (1 Yohanes 3: 4) dan pemberontakan terhadap Tuhan (Ulangan 9:7; Yosua 1: 18). Dosa bermula dengan Lucifer, seorang malaikat yang sangat cantik dan berkuasa. Dia telah jatuh daripada kedudukannya yang tinggi kerana tidak berpuas hati dengan kedudukannya dan ingin menjadi lebih tinggi daripada Tuhan. Di sinilah bermulanya dosa (Yesaya 14: 12-15). Setelah kejatuhannya, Lucifer yang digelar ‘Satan’, membawa dosa ke dalam pengalaman manusia di Taman Eden. Satan atau Iblis menggoda Hawa dengan godaan yang sama bila mengatakan mereka akan menjadi “sama dengan Adonai.” Kejadian 3 menjelaskan pemberontakan Adam dan Hawa terhadap Tuhan dan perintah-Nya. Sejak itu, dosa turun ke dalam keturunan manusia sehingga kita sebagai keturunan Adam telah mewarisi dosa. Roma 5:12 mengatakan dosa telah masuk ke dalam dunia melalui Adam. Dengan demikian maut telah merebak kepada semua manusia sebab “upah dosa adalah maut” (Roma 6:23).

Kecenderungan berbuat dosa memasuki umat manusia melalui Adam. Akibat kejatuhan Adam, manusia secara semulajadi merupakan orang-orang berdosa. Apabila Adam berbuat dosa, sifat dalamannya berubah diakibatkan oleh dosa. Pemberontakannya mengakibatkan kematian rohani dan sifat buruk yang diturunkan kepada setiap orang yang datang selepasnya. Kita merupakan orang-orang berdosa bukan kerana perbuatan dosa; tetapi kita berbuat dosa disebabkan sifat dosa yang ada pada kita. Sifat buruk yang diperturunkan kepada kita dikenali sebagai dosa warisan. Sebagaimana kita mewarisi ciri-ciri fizikal ibubapa kita, demikian juga kita mewarisi sifat berdosa daripada Adam. Dalam Mazmur 51: 7 Raja Daud berkata tentang keadaan manusia yang telah jatuh dengan nada yang sedih, “Sesungguhnya dalam kesalahan aku diperanakkan, dalam dosa aku dikandung ibuku.”

Satu lagi jenis dosa dikenali sebagai dosa yang diperhitungkan. Istilah “diperhitungkan” digunakan dalam urusan kewangan dan perundangan. Ianya membawa maksud “mengambil milik seseorang dan diperhitungkan ke dalam akaun orang lain”. Sebelum hukum Musa diberikan, dosa belum diperhitungkan kepada manusia walaupun manusia adalah orang-orang berdosa disebabkan dosa warisan. Setelah Hukum diberikan, dosa-dosa pelanggaran terhadap Hukum diperhitungkan kepada mereka (Roma 5: 13). Jauh sebelum pelanggaran-pelanggaran diperhitungkan ke atas manusia, hukuman terakhir bagi dosa (maut) terus berlaku (Roma 5:14). Semua manusia sejak Adam sehingga ke zaman Musa takluk di bawah kuasa maut bukan disebabkan oleh perbuatan-perbuatan dosa yang diperhitungkan kepada mereka (yang mana tidak ada), melainkan disebabkan oleh sifat berdosa yang ada pada diri mereka. Selepas Hukum Musa diberikan, manusia takluk kepada kuasa maut disebabkan oleh sifat berdosa yang diwarisi sejak Adam dan oleh dosa yang diperhitungkan kepada manusia kerana melanggar hukum-hukum Tuhan.

Tuhan menggunakan prinsip perhitungan untuk memberi manfaat kepada manusia apabila dosa-dosa orang percaya diperhitungkan ke atas Yesus Kristus yang telah membayar hukuman dosa di atas kayu salib. Dengan memperhitungkan dosa-dosa kita kepada Yesus, Adonai melayani-Nya seolah-olah Dia seorang berdosa, walaupun Dia sebenarnya bukan seorang yang berdosa dan Adonai membiarkan Yesus mati bagi dosa-dosa seluruh dunia (1 Yohanes 2:2). Dosa telah diperhitungkan kepada-Nya tetapi Dia tidak mempunyai dosa warisan. Perkara ini sangat penting untuk difahami. Dia menanggung hukuman dosa, tetapi Dia tidak pernah berbuat dosa. Sifat-Nya yang murni dan sempurna tidak pernah disentuh oleh dosa. Dia dilayani seolah-olah Dia bersalah di atas semua dosa yang dilakukan manusia sedangkan Dia sendiri tidak pernah berbuat dosa. Sebagai pertukaran, Tuhan memperhitungkan kebenaran Kristus kepada orang-orang percaya dan memasukkan kebenaran-Nya ke dalam kita sama seperti dosa-dosa kita telah dimasukkan ke dalam tanggungan-Nya.

Jenis dosa yang ketiga adalah dosa peribadi. Dosa ini dilakukan oleh manusia setiap hari disebabkan dosa warisan yang ada pada kita sejak Adam. Kita melakukan dosa-dosa peribadi bermula dari dosa tidak bercakap benar yang dianggap ringan kepada dosa berat seperti membunuh orang. Mereka yang belum meletakkan iman mereka di dalam Yesus Kristus mesti membayar hukuman ke atas dosa-dosa peribadi, dosa warisan dan dosa yang diperhitungkan. Bagaimanapun, orang-orang percaya telah dilepaskan daripada hukuman kekal dan sekarang mempunyai kuasa untuk melawan keinginan dan perbuatan dosa. Sekarang kita boleh membuat pilihan samada mahu atau tidak mahu melakukan dosa kerana sekarang kita dapat melawan dosa dengan pertolongan Roh Kudus yang diam di dalam kita, menguduskan kita dan menginsafkan kita terhadap dosa apabila kita melakukannya (Roma 8:9-11). Apabila kita mengaku dosa-dosa peribadi kita dan meminta ampun daripada Tuhan, persekutuan kita yang sempurna dengan Tuhan pun dipulihkan. “Jika kita mengaku dosa kita, maka Ia adalah setia dan adil, sehingga Ia akan mengampuni segala dosa kita dan menyucikan kita dari segala kejahatan” (1 Yohanes 1:9).

Semua kita berada di bawah penghukuman disebabkan dosa warisan, dosa yang diperhitungkan dan dosa-dosa peribadi. Satu-satunya hukuman dosa yang adil adalah maut (Roma 6:23), yang bukan hanya sekadar kematian jasmani tetapi juga kematian secara rohani (Wahyu 20:11-15). Kita bersyukurlah sebab dosa warisan, dosa yang diperhitungkan dan dosa-dosa peribadi semua telah disalibkan pada salib Kristus. Sekarang dengan iman kepada Kristus sebagai “Penyelamat”, “di dalam Dia dan oleh darah-Nya kita beroleh penebusan, yaitu pengampunan dosa, menurut kekayaan kasih karunia-Nya” (Efesus 1:7).







Soalan: Apakah sifat-sifat Tuhan? Bagaimanakah rupanya Tuhan?

Jawapan: Berita baik! Semasa kita cuba menjawab soalan ini, terdapat banyak perkara yang boleh kita ketahui mengenai Tuhan! Adalah baik bagi mereka yang mengkaji jawapan ini untuk membacanya sekaligus; kemudian mengimbas kembali dan membaca Kitab Injil untuk mendapat penjelasan lanjut. Merujuk kepada Kitab Injil adalah penting kerana tanpa kewibawaan daripada Kitab Injil, penjelasan hanya datang daripada pendapat manusia; dan hal ini selalunya tidak benar mengenai Tuhan (Ayub 42:7). Pernyataan mengenai ‘penting untuk kita cuba mengetahui Tuhan adalah satu pernyataan yang kurang tepat’! Kegagalan berbuat begitu akan menyebabkan kita membuat, mengejar dan menyembah tuhan palsu yang bercanggah dengan hasrat Tuhan (Keluaran 20:3-5).

Kita hanya boleh mengetahui segala yang Tuhan hendak dedahkan kepada kita. Salah satu sifat Tuhan ialah “cahaya”, hal ini bermakna Dia mendedahkan diri-Nya (Yesaya 60:19, Yakobus 1:17). Hakikat mengenai Tuhan mendedahkan diri-Nya tidak boleh diabaikan, agar kita tidak akan gagal mendapat rehat daripada Tuhan (Ibrani 4:1). Kejadian, Kitab, dan Firman menjadi manusia (Yesus Kristus) bagi membantu kita mengetahui Tuhan.

Biar kita mulakan dengan memahami bahawa Tuhan ialah Pencipta kita dan kita adalah sebahagian daripada ciptaannya (Kejadian 1:1, Mazmur 24:1). Tuhan mengatakan bahawa manusia dicipta menyerupai Tuhan. Manusia adalah di atas segala ciptaan lain dan diberi kuasa ke atas mereka (Kejadiaan 1:26-28). Penciptaan telah dicemarkan oleh “kejatuhan” tetapi hasil kerja Tuhan masih boleh dilihat (Kejadian 3:17-18, Roma 1:19-20). Dengan membayangkan kehebatan, kerumitan, keteraturan dan kecantikan penciptaan, kita akan dapat merasakan kehebatan Tuhan. Beberapa Nama Tuhan yang tertulis dalam kitab Injil boleh membantu kita memahami Tuhan. Contohnya:

Elohim – Yang kuat atau kekuasaan (Kejadian 1:1)
Adonai – Tuan atau bermakna hubungan antara Tuan dan pembantunya (Keluaran 4:10,13)
El Elyon – Paling tinggi atau yang paling kuat (Kajadian 14:20)
El Roi – Dia yang berkuasa dan melihat (Kejadian 16:13)
El Shaddai – Tuhan maha kuasa (Kejadian 17:1)
El Olam – Tuhan abadi (Yesaya 40:28)
Yahweh – TUAN “saya”, bermakna keabadian Tuhan (Keluaran 3:13,14)

Apabila kita mengkaji lebih lanjut mengenai sifat-sifat Tuhan; Tuhan adalah abadi, bermakna Dia tiada permulaan dan kewujudannya tidak akan berakhir. Tuhan tidak akan mati, tiada had (Ulangan 33:27; Mazmur 90:2; 1 Timotius 1:17). Tuhan tidak akan berubah, bermakna Dia tidak akan bertukar; maka Tuhan boleh diharap dan dipercayai dengan muktamad (Maleakhi 3:6; Bilangan 23:19; Mazmur 102:26,27). Tuhan tidak dapat dibandingkan, bermakna Dia adalah unggul; Dia adalah sempurna (2 Samuel 7:22; Mazmur 86:8; Yesaya 40:25; Matius 5:48). Tuhan tidak dapat diketahui sepenuhnya, bermakna Dia sangat mendalam dan tidak boleh dicari melebihi kefahaman manusia (Yesaya 40:28; Mazmur 145:3; Roma 11:33,34).

Tuhan adalah adil, bermakna Dia tidak pilih kasih (Ulangan 32:4; Mazmur 18:30). Tuhan adalah maha kuasa, bermakna kuasa-Nya tidak terhad; Dia boleh melakukan segala yang Dia mahu, tetapi perbuatan-Nya adalah berdasarkan sifat-sifatnya yang suci (Wahyu 19:6; Yeremia 32:17,27). Tuhan mengetahui segala-galanya termasuk sekarang, masa depan dan segala yang kita fikirkan; oleh sebab Dia mengetahui segalanya maka pengadilan-Nya betul (Mazmur 139:1-5; Amsal 5:21). Tuhan berada dimana-mana sahaja, dan hal ini bermakna Dia hadir di semua tempat, tetapi tidak bermakna Tuhan ialah semua benda (Mazmur 139:7-13; Yeremia 23:23).

Tuhan hanya satu, bermakna bukan sahaja tiada tuhan lain, tetapi juga hanya Dia yang dapat memenuhi keperluan hati kita, dan Dia sahaja yang boleh kita sembah (Ulangan 6:4). Tuhan adalah betul, bermakna Tuhan tidak akan berbuat salah; disebabkan kebetulan dan kesucian Tuhan maka dapatlah dosa kita diampuni, Yesus terpaksa menghadapi pengadilan daripada Tuhan semasa dosa kita diletakkan ke atasnya (Keluaran 9:27; Matius 27:45-46; Roma 3:21-26).

Tuhan adalah paling berdaulat, bermakna kedudukan-Nya adalah paling tinggi; semua ciptaannya tidak dapat mengubah tujuan Tuhan (Mazmur 93:1; 95:3; Yeremia 23:20). Tuhan ialah roh, bermakna Dia tidak dapat dilihat (Yohanes 1:18, 4:24). Tuhan ialah Triniti, bermakna Dia ialah tiga dalam satu, sama sifat, sama rata dalam kuasa dan kemuliaan. Tumpukan perhatian kepada perenggan pertama Kitab Injil yang menyatakan bahawa Tuhan adalah tunggal walaupun ia merujuk kepada tiga Individu – Bapa Tuhan, Anak Tuhan dan Roh Kudus (Matius 28:19; Markus 1:9-11). Tuhan ialah Kebenaran, bermakna Dia tidak bercanggah dengan sifat-sifat sendiri, Dia tidak akan merosot dan tidak akan menipu (Mazmur 117:2; 1 Samuel 15:29).

Tuhan adalah suci, bermakna Dia terpisah daripada segala perbuatan tidak moral dan membenci dosa. Tuhan murka terhadap dosa dan maksiat; api selalu melambangkan kesucian di dalam Kitab Injil. Tuhan dirujuk sebagai Api yang memusnahkan (Yesaya 6:3; Habakuk 1:13; Keluaran 3:2,4,5; Ibrani 12:29). Tuhan adalah rahmat – merangkumi kebaikan, belas kasihan dan kasih sayang Tuhan – kesemuanya menerangkan kebaikan Tuhan. Jika bukan kerana rahmat Tuhan,maka kita akan terus terpisah daripada semua sifat Tuhan. Nasib baik hal ini tidak berlaku, kerana Tuhan ingin mendekati kita secara individu (Keluaran 34:6; Mazmur 31:19; 1 Petrus 1:3; Yohanes 3:16; 17:3).

Semua ini adalah usaha-usaha yang sederhana untuk menjawap soalan yang sukar mengenai Tuhan. Kita semua digalakkan mencari kebenaran mengenai Tuhan (Yeremia 29:13).

 







Soalan: Siapakah Yesus Kristus?

Jawapan: Siapakah Yesus Kristus? Berbanding dengan soalan, “Adakah Tuhan wujud?”, kurang orang mempertikaikan kewujudan Yesus Kristus. Orang ramai menerima kenyataan bahawa Yesus ialah manusia benar yang wujud di Israel 2000 tahun dahulu. Perbahasan berlaku apabila keperibadian Yesus dipersoal. Hampir semua agama menyatakan bahawa Yesus ialah seorang Nabi, seorang guru yang baik, atau seorang yang suci. Masalahnya ialah Kitab Injil menyatakan bahawa Yesus adalah lebih daripada seorang Nabi, guru yang baik dan orang yang suci.

CS Lewis menulis di dalam bukunya Hanya Agama Kristian: “Saya cuba menghalang orang daripada berkata sesuatu yang bodoh mengenai Yesus: ‘Saya bersedia menerima Yesus sebagai seorang guru moral yang baik, tetapi saya tidak menerimanya sebagai Tuhan.’ Kata-kata ini adalah sesuatu yang tidak patut kita ucapkan. Seorang manusia biasa jika dapat menyatakan segala yang Yesus katakan tidak akan dianggap sebagai guru moral yang baik. Sebaliknya, dia akan dianggap gila atau Syaitan dari neraka. Kamu perlu membuat satu pilihan. Yesus jika bukan Anak Tuhan, maka dia adalah seorang yang gila atau lebih buruk lagi. Kamu boleh menganggap dia orang bodoh, kamu boleh meludah pada dia dan membunuh dia; atau kamu boleh melutut di hadapan-Nya dan memanggil-Nya Tuan dan Tuhan. Tetapi jangan buat tanggapan yang tidak bererti bahawa Yesus hanya seorang guru yang baik. Dia tidak memberi peluang kepada kita untuk menentukan identiti-Nya.”

Jadi, apa yang Yesus katakan mengenai dirinya sendiri? Menurut Kitab Injil, siapakah Yesus? Pertama, biar kita lihat pada Yohanes 10:30, “Bapa dan Aku SATU.” Sekali imbas, firman ini tidak menunjukkan tuntutan sebagai Tuhan. Tetapi, apabila kita melihat reaksi orang Yahudi terhadap kata-kata-Nya, "Kami mahu merejam kamu bukan kerana perbuatanmu yang baik, tetapi kerana kamu mengkufuri ADONAI! Kamu hanya manusia, tetapi kamu mahu menjadikan dirimu ADONAI!" Orang Yahudi faham bahawa Yesus menyamakan diri-Nya dengan Tuhan. Di dalam ayat berikutnya, Yesus tidak membetulkan fahaman mereka dengan berkata,“Saya bukan Tuhan .” Hal ini menunjukkan bahawa Yesus sememangnya menyatakan bahawa Dia ialah Tuhan, “Bapa dan Aku SATU.”(Yohanes 10:30) Yohanes 8:58 ialah satu contoh lain. Yesus menjawab, “Apa yang Aku katakan ini benar: Sebelum Abraham dilahirkan, Aku sudah ada.” Lagipun, apabila orang Yahudi mendengar kata-kata Yesus, mereka mengambil batu untuk melontarnya (Yohanes 8:59). Yesus mengumumkan identiti-Nya “Saya abadi” adalah merujuk kepada nama Tuhan di Kitab Zabur (Keluaran 3:14). Mengapa orang Yahudi hendak membaling batu pada Yesus jika dia tidak menyatakan sesuatu yang dianggap kata-kata kufur, iaitu, penyamaan dengan Tuhan?

Yohanes 1:1 menyatakan bahawa “Logos ialah Tuhan.” Yohanes 1:14 menyatakan bahawa “Logos menjadi manusia.” Hal ini menunjukkan bahawa Yesus ialah Tuhan dalam bentuk manusia. Tomas menyebut Yesus, “Tuan dan Tuhan saya.”(Yohanes 20:28). Yesus tidak membetulkan dia. Paulus menghuraikan Yesus sebagai “… Tuhan dan Penyelamat, Yesus Kristus” (Titus 2:13). Petrus juga menyatakan perkara yang sama, “… Tuhan dan Penyelamat kita” (2 Petrus 1:1). Tuhan ialah saksi identiti Yesus juga, “Takhta kamu, Tuhan, kekal selama-lamanya, dan kebaikan kamu ialah kuasa Pemerintahan kamu.” Kitab Zabur meramalkan kesucian Yesus, “Sebab seorang anak telah dilahirkan untuk kita, seorang putera telah diberikan kepada kita; lambang pemerintahan berada di atas bahunya, dan namanya disebut orang: Penasihat Ajaib, ADONAI yang Perkasa, Bapa yang Kekal, Raja Damai.” (Yesaya 9:6).

Jadi, CS Lewis berdebat dan percaya bahawa Yesus ialah seorang guru yang baik bukan salah satu pilihan. Yesus menyamakan dirinya dengan Tuhan. Jika dia bukan Tuhan, maka dia ialah penipu, maka bukanlah Nabi, guru yang baik atau orang suci. Untuk menafikan Yesus, cendekiawan moden berkata bahawa Yesus dalam sejarah tidak seperti yang dikatakan oleh kitab Injil. Dapatkah kita berdebat dengan Tuhan mengenai Yesus? Bagaimana cendekiawan menafikan catatan dalam Kitab Injil (Yohanes 14:26)?

Mengapa identiti Yesus adalah penting? Mengapa penting mengetahui Yesus ialah Tuhan? Alasan yang paling utama bagi ‘Yesus mesti merupakan Tuhan’ ialah, jika dia bukan Tuhan, maka kematian-Nya tidak dapat membayar denda dosa kita (1 Yohanes 2:2). Hanya Tuhan boleh membayar denda yang besar ini (Roma 5:8, 2 Korintus 5:21). Yesus mesti ialah Tuhan supaya dia dapat membayar hutang kita. Yesus mesti ialah manusia supaya dia boleh mati. Penyelamatan hanya boleh diperolehi melalui kepercayaan kepada Yesus! Ketuhanan Yesus ialah faktor penting penyelamatan. Ketuhanan Yesus terbukti melalui segala yang dia katakan, “Akulah jalan untuk mengenal ADONAI dan untuk mendapat hidup. Tidak seorang pun dapat datang kepada Bapa kecuali melalui Aku.” (Yohanes 14:6).









Soalan: Saya seorang Muslim, mengapa saya patut mempertimbangkan untuk menjadi seorang Kristian?

Jawapan: Mungkin aspek hubungan yang paling diminati antara agama Islam dan agama Kristian ialah mengenai segala yang dikatakan oleh Koran mengenai Yesus. Koran menyatakan bahawa Tuhan ADONAI menghantar Yesus and menyokong Dia dengan Roh Kudus (Sura 2:87), bahawa ADONAI mengangkat Yesus (Sura 2:253), bahawa Yesus adalah baik dan tanpa dosa (Sura 3:46; 6:86; 19:19), bahawa Yesus dibangkitkan daripada kematian (Sura 19:33-34), bahawa ADONAI memberi perintah kepada Yesus untuk menubuhkan satu agama (Sura 42:13), dan bahawa Yesus telah naik ke syurga (Sura 4:157-158). Maka, Muslim yang taat setia dikehendaki memahami dan mematuhi ajaran Yesus (Sura 3:48-49; 5:46).

Ajaran Yesus dicatat dengan teliti oleh pengikut-pengikutnya, di dalam Taurat. Sura 5:110 menyatakan bahawa pengikut-pengikutnya menerima wahyu daripada ADONAI supaya percaya kepada Yesus dan ajarannya. Sura 61:6,14 menganggap Yesus dan pengikut-pengikutnya sebagai pembantu ADONAI. Sebagai pembantu ADONAI, pengikut-pengikut Yesus mungkin dapat mencatat dengan tepat ajaran Yesus. Koran mengajar muslim supaya menyokong dan mengikut kedua-dua Torah dan Taurat (Sura 5:44-48). Jika Yesus tidak berdosa langsung, maka segala yang Dia ajar mestilah benar. Jika pengikut-pengikut Yesus ialah pembantu ADONAI, maka mereka akan mencatat ajaran Yesus dengan tepat.

Melalui Mohammad, ADONAI, di dalam Koran, menyuruh muslim membaca Taurat. ADONAI tidak akan memberi arahan begitu jika Taurat itu tidak benar. Oleh itu, Taurat pada zaman Mohammad mestilah boleh dipercayai dan tepat. Terdapat banyak salinan Taurat 450 tahun sebelum zaman Mohammad. Terdapat lebih daripada seribu manuskrip Taurat. Dengan membandingkan salinan yang paling awal, dengan salinan pada zaman Mohammad, dan salinan selepas zaman Mohammad – adalah jelas bahawa semua salinan Taurat adalah amat tepat dan konsisten mengenai peribadi Yesus dan ajarannya. Tiada bukti bahawa kebenaran Taurat telah dimusnahkan. Oleh itu, kita boleh yakin bahawa semua ajaran Yesus adalah benar, bahawa ajarannya dicatat dengan tepat di dalam Taurat, dan bahawa ADONAI telah melindungi Taurat dengan sempurna.

Apakah perkara-perkara mengenai Yesus yang tercatat di dalam Taurat? Di Yohanes 14:6, Yesus berkata, Sayalah jalan dan kebenaran dan hidup. Tidak ada seorang pun yang datang kepada Bapa, kalau tidak melalui Saya”. Yesus mengatakan bahawa Dia ialah jalan yang tunggal ke Tuhan. Di Matius 20:19, Yesus mengatakan bahawa Dia akan disalib, dibunuh dan akan bangkit daripada kematian pada hari ketiga. Taurat telah mencatat semua ini degan jelas seperti segala yang dijangka oleh Yesus (Matius bab 27-28, Markus bab 15-16, Lukas bab 23-24, Yohanes bab 19-21). Mengapa Yesus, seorang Nabi besar ADONAI, membenarkan dirinya dibunuh? Mengapa ADONAI membenarkan hal ini? Yesus berkata bahawa jika seseorang mati bagi sahabat-sahabatnya, hal itu menunjukkan bahawa dia orang yang paling mengasihi mereka (Yohanes 15:13). Yohanes 3:16 mengatakan bahawa Tuhan mengasihi kita sehingga sanggup menghantar Yesus sebagai pengorbanan untuk kita.

Mengapa Yesus perlu mengorbankan nyawanya untuk kita? Inilah perbezaan utama antara agama Islam dan agama Kristian. Islam mengajar bahawa ADONAI mengadili kita berdasarkan perbuatan baik kita yang melebihi perbuatan jahat. Walaupun perbuatan baik kita melebihi perbuatan jahat, ADONAI adalah begitu mulia dan suci dan Dia tidak membenarkan orang yang berdosa sedikitpun masuk ke syurga. ADONAI yang sempurna dan suci, tidak membenarkan segala yang tidak sempurna masuk ke syurga. Maka hal ini menyebabkan kita pergi ke neraka. Kesucian ADONAI menyebabkan perlunya pengadilan ke atas dosa. Oleh itu kita perlukan Yesus sebagai pengorbanan.

Seperti yang tercatat di dalam Koran, Yesus adalah tanpa dosa. Bagaimana boleh seorang manusia hidup tanpa dosa sepanjang hayatnya? Hal ini adalah tidak mungkin. Tetapi bagaimana Yesus boleh hidup tanpa dosa? Yesus adalah lebih daripada seorang manusia biasa. Yesus mengatakan bahawa dia bersatu dengan Tuhan (Yohanes 10:30). Yesus mengumumkan bahawa Dia adalah Tuhan dalam Torah (Yohanes 8:58). Taurat mengajar dengan jelas bahawa Yesus ialah Tuhan dalam bentuk manusia (Yohanes 1:1,14). Tuhan mengetahui bahawa kita semua berdosa dan tidak dapat masuk ke syurga. Tuhan mengetahui bahawa dosa kita hanya boleh diampuni jika hutang dosa kita habis dibayar. Tuhan mengetahui bahawa hanya Dia yang boleh membayar harga yang tidak terhad itu. Oleh itu, Tuhan menjadi manusia – Yesus Kristus – hidup tanpa dosa (Sura 3:46; 6:86; 19:19), mengajar ajaran yang sempurna, dan mati untuk kita supaya hutang dosa kita dilangsaikan. Tuhan berbuat begitu kerana Dia mengasihi kita dan mahu kita kekal bersama-Nya di syurga.

Oleh itu, apa maknanya semua perkara itu kepada kamu? Yesus ialah pengorbanan sempurna untuk pengampunan dosa kamu. Tuhan memberi kita pengampunan dosa dan penyelamatan jika kita sudi menerima hadiahnya (Yohanes 1:12), percaya bahawa Yesus ialah Penyelamat yang mati untuk kita – kawanNya. Jika kamu percaya bahawa Yesus ialah Penyelamat, kamu pasti akan mendapat hidup abadi di syurga. Tuhan akan mengampuni dosa kamu, membersihkan roh kamu, membaharui roh kamu, memberi kamu hidup yang bermakna di dunia ini dan hidup abadi di dunia selepas mati. Bagaimana kita boleh menolak hadiah yang begitu baik? Bagaimana kita boleh menolak Tuhan yang sudi mati untuk kita?

Jika kamu kurang pasti akan apa yang kamu percaya, kami mengajak kamu membaca doa berikut kepada Tuhan, “Tuhan, sila membantu saya mengetahui segala yang benar. Bantulah saya mengetahui segala yang salah. Bantulah saya mengetahui jalan yang betul ke penyelamatan.” Tuhan akan menghormati doa begitu.

Jika kamu ingin menerima Yesus sebagai Penyelamat individu kamu, berkatalah kepada Tuhan, dengan mengeluarkan suara ataupun berbisik dalam hati, beritahu Tuhan bahawa kamu ingin menerima hadiah penyelamatan Yesus. Jika kamu hendak berdoa, bolehlah mengikut contoh ini : “Tuhan, terima kasih kerana kasih sayang-Mu. Terima kasih kerana mengorbankan Dirimu untuk saya. Terima kasih kerana menyediakan pengampunan dan penyelamatan. Saya ingin menerima hadiah ini melalui Yesus. Saya yakin Yesus ialah Penyelamat saya. Saya juga mengasihi Tuhan dan menyerahkan diri kepada-Mu. Amen!”

Adakah anda sudah membuat keputusan untuk menerima Kristus Yesus sebagai penyelamat anda selepas membaca laman ini? Jika ya, sila tekan butang di bawah “Saya telah menerima Kristus Yesus hari ini”.








Soalan: Adakah Kitab Injil benar-benar Firman Tuhan?


Jawapan: Jawapan kepada soalan ini bukan sahaja menunjukkan pandangan kita terhadap Kitab Injil dan kepentingannya dalam hidup kita, malah akan mempengaruhi kita sepanjang masa. Jika Kitab Injil ialah firman Tuhan, maka kita perlu menghargai, mengkaji dan akhirnya percaya kepadanya. Jika Kitab Injil ialah firman Tuhan, maka menafikan kitab Injil adalah sama dengan menafikan Tuhan sendiri.


Hakikat mengenai Tuhan dalam Kitab Injil telah membuktikan kasih-Nya kepada kita. Perkataan Wahyu bermakna Tuhan berhubung dengan manusia untuk memberitahu kita siapakah Dirinya dan bagaimana kita boleh mempunyai hubungan baik dengan Tuhan. Perkara-perkara itu tidak akan diketahui oleh manusia jika Tuhan tidak memberikan Wahyu melalui Kitab Injil. Walaupun Wahyu Tuhan di dalam Kitab Injil diberikan secara berperingkat selama 1500 tahun, ia mengandungi semua maklumat penting mengenai Tuhan supaya kita dapat mempunyai hubungan baik dengan-Nya. Jika Kitab Injil benar-benar firman Tuhan, maka ia adalah kewibawaan muktamad ke atas kepercayaan, peraturan agama dan akhlak kita.


Soalan yang patut kita tanya ialah bagaimana kita boleh pasti bahawa Kitab Injil ialah firman Tuhan dan bukan hanya sebuah buku yang baik. Apakah sifat Kitab Injil yang unik yang membezakannya daripada buku-buku agama yang lain. Terdapatkah bukti bahawa Kitab Injil ialah firman Tuhan yang benar? Soalan-soalan inilah yang patut kita kaji jika kita benar-benar ingin mengetahui sama ada kitab Injil itu Firman Tuhan, diberikan oleh Tuhan dan ajarannya lengkap untuk kepercayaan dan amalan agama.


Hakikatnya, Kitab Injil memang mengaku bahawa ia Firman Tuhan. 2 Timotius 3:15-17 dengan jelas menyatakan, “Dan sejak kecil lagi engkau telah mengenal Alkitab. Alkitab itu boleh memberi engkau kebijaksanaan untuk mendapat penyelamatan melalui iman kepada Kristus Yesus. Semua yang tertulis di dalam Alkitab diilhami oleh ADONAI dan berguna untuk mengajar apa yang benar, untuk menegur dan membetulkan apa yang salah, dan untuk mengajar orang supaya hidup menurut kehendak ADONAI. Dengan Alkitab, orang yang mengabdikan diri kepada ADONAI dapat dilengkapi dengan sempurna untuk melakukan segala macam pekerjaan yang baik.”


Untuk menjawab soalan-soalan ini kita perlu melihat bukti dalaman dan luaran. Bukti dalaman ialah kandungan Kitab Injil yang mempersaksikan bahawa ia berasal daripada Tuhan. Satu bukti dalaman yang membuktikan bahawa Kitab Injil ialah firman Tuhan ialah kesatuannya. Walaupun kitab Injil terdiri daripada 66 buah buku yang berasingan dan ditulis di tiga benua, dalam bahasa yang berlainan, dalam masa 1500 tahun, oleh 40 penulis-penulis (daripada latar belakang yang berbeza), kandungan Kitab Injil masih mempunyai kesatuan dari permulaan hingga akhir tanpa percanggahan. Kesatuan ini adalah keunikan yang tidak terdapat di dalam buku-buku lain dan membuktikan bahawa asalnya adalah daripada Tuhan yang membantu manusia untuk menulis firman-Nya secara tepat.


Satu lagi bukti dalaman yang menunjukkan bahawa Kitab Injil ialah firman Tuhan boleh dilihat daripada nubuat-nubuat yang teliti di dalamnya. Kitab Injil mengandungi beratus-ratus nubuat terperinci mengenai masa depan negara seperti Israel, masa depan bandar-bandar tertentu, masa depan manusia dan meramal kedatangan Messiah, penyelamat Israel dan dunia. Berbeza daripada nubuat dalam buku agama yang lain seperti Nostradamus, nubuat Kitab Injil adalah amat terperinci dan tidak pernah gagal. Terdapat 300 nubuat-nubuat mengenai Yesus Kristus di dalam Kitab Zabur. Bukan sahaja menyatakan tempat Yesus akan dilahirkan dan siapakah ahli keluarganya, malah bagaimana Dia akan mati dan bangkit semula selepas tiga hari. Tiada cara lain yang boleh menjelaskan nubuat-nubuat yang berlaku kecuali Kitab Injil itu betul-betul berasal daripada Tuhan. Tiada buku-buku agama lain yang mempunyai nubuat-nubuat seperti Kitab Injil.


Bukti dalaman yang ketiga ialah kewibawaan dan kekuasaannya yang unik. Walaupun bukti ini adalah lebih subjektif berbanding dengan kedua-dua bukti yang dinyatakan di atas, ia masih merupakan kesaksian yang berkuasa dan menunjukkan bahawa Kitab Injil berasal daripada Tuhan. Kitab Injil menpunyai kekuasaan yang unik dan berlainan daripada buku-buku agama lain. Kuasanya boleh dilihat daripada kehidupan orang ramai yang berubah selepas mereka membaca kitab Injil. Penagih dadah diubati, banduan yang berhati keras menjadi baik, orang yang berdosa ditegur, dan kebencian ditukar menjadi kasih. Kitab Injil mempunyai kuasa yang dinamik dan menyentuh hati manusia, hal ini hanya boleh dilakukan oleh Tuhan.


Selain daripada bukti dalaman, terdapat juga bukti luaran. Salah satu bukti ialah peristiwa sejarah dalam Kitab Injil. Kitab Injil menyatakan peristiwa dalam sejarah dengan terperinci maka ketepatan dan kebolehpercayaannya boleh disemak seperti buku sejarah yang lain. Melalui bukti-bukti kaji purba dan buku-buku sejarah lain, catatan sejarah Kitab Injil kerap terbukti tepat. Manuskrip kaji purba menyokong Kitab Injil dan menjadikannya sebuah buku yang boleh dipercayai sejak dari zaman dulu. Hakikat bahawa Kitab Injil menulis dengan tepat perkara-perkara dalam sejarah menunjukkan kebolehpercayaannya berkaitan dengan subjek agama dan doktrin kepercayaan, hal ini membantu menyokong hakikat bahawa Kitab Injil ialah firman Tuhan.


Satu lagi bukti luaran ialah integriti penulis-penulisnya. Seperti yang dikatakan dahulu, Tuhan menggunakan manusia yang berlainan latar belakang untuk menulis firman-Nya. Apabila kehidupan penulis-penulis itu dikaji, didapati bahawa mereka adalah orang yang jujur dan ikhlas maka boleh dipercayai. Kajian ke atas hidup mereka dan hakikat bahawa mereka sudi mati (dengan diseksa) untuk kepercayaan mereka, jelaslah menunjukkan bahawa manusia yang biasa itu benar-benar percaya Tuhan telah bercakap dengan mereka. Mereka yang menulis Kitab Injil dan pengikut-pengikut Yesus percaya akan Kitab Injil kerana mereka bersama dengan Yesus dan pernah melihat Yesus selepas Dia bangkit daripada kematian (1 Korintus 15:6). Kebangkitan Yesus memberi pengaruh yang kuat ke atas pengikutnya. Mereka tidak takut sehingga bersembunyi lagi, tetapi sudi mati untuk Tuhan yang menurunkan Wahyu kepada mereka. Kehidupan dan kematian mereka membuktikan bahawa Kitab Injil itu firman Tuhan.


Bukti luaran terakhir ialah Kitab Injil tidak dapat dihapuskan. Disebabkan Kitab Injil ialah Firman Tuhan yang penting, maka ia sering diserang dan terdapat percubaan untuk menghapuskannya. Raja Roman seperti Diocletian, pihak komunis dan mereka yang tidak percaya kepada Tuhan cuba menghapuskan dan mengkritik Kitab Injil, tetapi Kitab Injil masih kekal wujud dan dicetak di seluruh dunia.


Sepanjang masa, mereka meragui dan menganggap Kitab Injil ialah cerita mitos, tetapi kaji purba telah membuktikan kebenaran sejarahnya. Pembangkang menentang dan mengatakan bahawa ia primitif dan ketinggalan zaman, tetapi ajaran moral dan peraturannya mempunyai pengaruh yang positif ke atas masyarakat dan kebudayaan di seluruh dunia. Ia terus diserang oleh sains, psikologi dan politik tetapi ia masih kekal wujud seperti masa dulu. Kitab injil ialah sebuah buku yang telah mengubah beribu-ribu nyawa dan kebudayaan sejak 2000 tahun dulu. Tidak kira bagaimana pembangkangnya cuba menentang dan memusnahkannya, Kitab Injil masih kekal kuat dan boleh dipercayai. Ketepatannya kekal walaupun terdapat percubaan untuk memusnahkannya, dan hal ini membuktikan bahawa ia ialah firman Tuhan yang benar. Kita boleh berasa kagum apabila melihat Kitab Injil kekal tidak berubah walaupun diserang dengan sengit. Tambahan pula, Yesus berkata, “Langit dan bumi akan lenyap, tetapi firman-Ku kekal selama-lamanya.” (Markus 13:31). Selepas mengkaji semua bukti dan fakta, kita boleh berkata dengan yakin bahawa “Ya, Kitab Injil ialah Firman Tuhan yang benar.”










Soalan: Adakah Alkitab mengandungi kesalahan-kesalahan, pertentangan-pertenganan atau percanggahan?


Jawapan: Sekiranya kita membaca Alkitab tanpa ada kecenderungan yang sedia ada untuk mencari kesalahan, maka kita akan mendapati bahawa Alkitab sebagai jelas, bersifat tetap dan satu buku yang memang mudah untuk difahami. Ya, ada bahagian-bahagian yang susah untuk dimengerti. Ya, ada ayat-ayat yang nampaknya seperti saling bertentangan di antara satu dengan yang lain. Kita mesti ingat bahawa Alkitab itu telah ditulis oleh lebih daripada sekitar 40 orang penulis dalam jangka waktu 1500 tahun. Setiap penulis menulis dengan gaya tulisan yang berbeza, dari sudut pandangan yang berbeza, kepada pembaca yang berbeza dengan tujuan yang berbeza pula. Kita boleh menjangka beberepa perbezaan kecil. Namun, satu perbezaan bukanlah satu pertentangan. Ia hanya pasti satu kesalahan apabila tiada jalan penyelesaian di antara dua ayat atau bahagian Firman yang dikatakan sebagai bertentangan. Walaupun jawaban belum dapat diberikan sekarang, itu bukan bererti jawaban itu tidak wujud. Ramai telah mendapati bahawa apa yang dipandang salah dalam sejarah dan geografi Alkitab akhirnya mendapati bahawa Alkitab itu betul melalui penemuan-penemuan arkeologi yang baru. 


Kita sering diperhadapkan dengan petanyaan yang berbunyi “Jelaskan pertentangan ini” atau ”Lihat, ini satu kesalahan dalam Alkitab!” Kita akui, beberapa perkara yang telah diketengahkan orang memang susah untuk dijawab. Bagaimanapun, kita tetap bertegas bahawa pasti ada jawaban dan penjelasan yang masuk akal kepada setiap apa yang dilihat sebagai pertentangan dan kesalahan dalam Alkitab. Ada terdapat buku-buku dan laman web yang menyenaraikan “semua kesalahan dalam Alkitab.” Kebanyakan orang mendapat peluru mereka untuk menyerang Alkitab dari tempat-tempat ini; sedangkan mereka sendiri tidak ada menemukan apa yang disebut sebagai kesalahan dalam Alkitab. Ada juga buku-buku dan laman web yang membuktikan apa yang disenaraikan sebagai kesalahan Alkitab itu sebenarnya tidak betul. Perkara yang sangat menyedihkan adalah tentang orang-orang yang menyerang Alkitab sebenarnya tidak berminat untuk mendapatkan sebarang penjelasan. Ramai “penyerang-penyerang Alkitab” memang sedar dengan jawaban-jawaban yang ada, tetapi mereka terus menggunakan serangan lapuk dan yang cetek itu berulang kali. 


Jadi, apakah yang patut kita lakukan apabila seseorang mendekati kita dengan membawa satu tuduhan tentang kesalahan Alkitab? 1) Selidikilah bahagian ayat yang dipertikaikan dengan banyak berdoa dan perhatikan samada terdapat satu penyelesaian yang mudah. 2) Buatlah satu penyelidikan menggunakan tafsiran-tafsiran Alkitab yang baik dan laman web penyelidikan Alkitab. 3) Tanya pastor/pemimpin gereja samada mereka boleh memberikan penyelesaian. 4) Sekiranya jawaban masih juga belum ditemui setelah langkah-langkah 1 sehingga 3, maka kita percaya Firman-Nya adalah kebenaran dan pasti ada penyelesaiannya, hanya belum ditemukan. (2 Timotius 2:15, 3:16-17)












Soalan: Adakah Yesus Tuhan? Adakah Yesus mengaku dirinya Tuhan?


Jawapan: Yesus tidak pernah menyatakan dengan ketara di dalam Kitab Injil bahawa “Dia Adalah Tuhan”. Tetapi hal ini tidak bermakna Yesus tidak mengaku bahawa dirinya ialah Tuhan. Sebagai contoh, di Yohanes 10:30, “Bapa dan Aku satu”. Sekali imbas, hal ini nampaknya bukan satu pengisytiharan bahawa Dia ialah Tuhan. Tetapi, apabila melihat kepada reaksi orang Yahudi terhadap kata-kata Yesus, “Orang Yahudi di situ menjawab, ‘Kami mahu merejam kamu bukan kerana perbuatanmu yang baik, tetapi kerana kamu mengkufuri Tuhan! Kamu hanya manusia, tetapi kamu mahu menjadikan dirimu Tuhan!’”(Yohanes 10:33). Orang Yahudi faham bahawa percakapan Yesus itu telah menyamakan Dirinya dengan Tuhan. Dalam ayat berikutnya, Yesus tidak berkata, “Saya bukan Tuhan.” Hal ini menunjukkan bahawa Yesus benar-benar mengaku Dirinya Tuhan apabila berkata “Bapa dan Aku satu.” Yohanes 8:58 ialah contoh lain, Yesus menjawab, ‘Apa yang Aku katakan ini benar: Sebelum Abraham dilahirkan, Aku sudah ada’. Sekali lagi, reaksi orang Yahudi adalah hendak membalingkan batu pada Yesus untuk membunuhnya (Yohanes 8:59). Jika Yesus tidak menyatakan sesuatu yang dianggap kufur maka orang Yahudi tidak akan cuba membunuhnya.


Yohanes 1:1 menyatakan, “Firman itu bersama-sama ADONAI dan Firman itu adalah Tuhan.” Yohanes 1:14 pula menyatakan, “Firman itu sudah menjadi Manusia dan tinggal antara kita.” Hal ini jelas menunjukkan bahawa Yesus ialah Tuhan dalam bentuk manusia. Kisah Para Rasul 20:28 menyatakan, “Hendaklah kamu menjaga diri serta menjaga jemaah yang sudah diserahkan kepada pemeliharaan kamu oleh Roh ADONAI. Jagalah jemaah ADONAI seperti gembala menjaga domba, kerana ADONAI sudah menjadikan jemaah milik-Nya sendiri melalui kematian Anak-Nya.” Kisah Para Rasul 20:28 mengumumkan bahawa Tuhan membeli jemaah Tuhan dengan darahnya sendiri. Oleh itu, Yesus ialah Tuhan.


Tomas, murid Yesus berkata, “Tuan dan Tuhan saya.” (Yohanes 20:28). Yesus tidak menafikan kata-katanya. Titus 2:13 menggalakkan kita untuk menunggu Tuhan dan Penyelamat kita, iaitu Yesus Kristus (2 Petrus 1:1). Di Ibrani 1:8, Tuhan Bapa mengumumkan, “Takhta-Mu, ya ADONAI, akan kekal selama-lamanya! Engkau memerintah umat-Mu dengan keadilan”.


Di Wahyu, seorang malaikat mengarahkan Yohanes supaya hanya menyembah Tuhan (Wahyu 19:10). Beberapa kali Yesus menerima penyembahan daripada orang (Matius 2:11; 14:33; 28:9,17; Lukas 24:52, Yohanes 9:38). Dia tidak menggertak orang yang menyembahnya. Jika Yesus bukan Tuhan, dia akan menghentikan orang daripada menyembahnya, seperti malaikat di Wahyu. Terdapat banyak ayat-ayat di dalam Kitab Injil yang menunjukkan ketuhanan Yesus.


Alasan yang paling penting adalah jika Yesus bukan Tuhan, maka kematiannya tidak dapat membayar denda dosa manusia (1 Yohanes 2:2). Hanya Tuhan yang dapat membayar denda yang besar itu. Hanya Tuhan yang dapat menanggung dosa dunia ini (2 Korintus 5:21), mati dan bangkit semula – membuktikan Yesus memenangi dosa dan kematian.












Soalan: Apakah maksud Yesus ialah Anak ADONAI?


Jawapan: Ungkapan ‘Yesus ialah Anak ADONAI’ tidak boleh kita samakan dengan pemahaman biasa kita tentang hubungan seorang bapa dengan seorang anak lelaki. Tuhan tidak bernikah dan mendapat seorang anak melalui pernikahan itu. Yesus ialah Anak ADONAI dalam ertikata Dia merupakan ADONAI yang telah menjadi manusia (Yohanes 1:1,14). Yesus ialah Anak ADONAI dalam ertikata mukjizat kandungan ibunya telah dimungkinkan oleh Roh Kudus. Lukas 1:35 ada menyebut, “Malaikat itu menjawab: "Roh ADONAI akan datang kepadamu dan kuasa ADONAI akan menaungi engkau. Itulah sebabnya Anak yang akan lahir itu disebut Suci, Anak ADONAI.” Pada zaman dalam kitab Injil, ungkapan “anak manusia” digunakan apabila menggambarkan seorang manusia. Anak manusia ialah seorang manusia. 


Sewaktu menghadap para pemimpin Yahudi, Iman Besar bertanya kepada Yesus, "Demi nama ADONAI yang hidup, beritahu kami! Adakah kamu Penyelamat yang diutus oleh ADONAI, iaitu Anak ADONAI?" (Matius 26:63) Yesus menjawab, "Demikianlah katamu. Tetapi Aku berkata kepada kamu semua: Tidak lama lagi kamu akan melihat Anak Manusia duduk di sebelah kanan ADONAI Yang Maha Kuasa serta datang di atas awan." (Matius 26:64). Para pemimpin Yahudi kemudian membuat tuduhan bahawa Yesus telah mengkufuri ADONAI (Matius 26:65-66). Kemudian di hadapan Pilatus, para pemimpin Yahudi berkeras berkata, "Menurut hukum kami dia harus dihukum mati kerana dia mengaku diri-Nya sebagai Anak ADONAI." (Yohanes 19:7) Mengapakah pengakuan sebagai “Anak ADONAI” dianggap mengkufuri ADONAI dan layak dijatuhkan hukuman mati? Para pemimpin Yahudi cukup mengerti maksud yang diperkatakan oleh Yesus dengan ungkapan “Anak ADONAI”. Istilah “Anak ADONAI” bererti memiliki sifat yang sama dengan Tuhan ADONAI. Tuntutan memiliki sifat yang sama dengan Tuhan ADONAI ialah pengkufuran bagi orang Yahudi, oleh yang demikian mereka menuntut agar Yesus dijatuhkan hukuman mati. Ibrani 1:3 menyatakan perkara ini dengan sangat jelas, “Dia memancarkan kemuliaan ADONAI yang gilang-gemilang dan Dia perwujudan ADONAI sendiri.”


Satu lagi contoh boleh didapati dari Yohanes 17:12 di mana Yudas disebut dalam terjemahan kitab Injil bahasa Inggeris sebagai “son of perdition” (anak kebinasaan). Yohanes 6:71 memberitahu kita bahawa Yudas merupakan anak kepada Simon. Apakah yang dimaksudkan oleh Yohanes 17:12 apabila menyebut Yudas sebagai “son of perdition” (anak kebinasaan)? Maksud ini berkait rapat dengan “kehancuran, keruntuhan, dan sia-sia”. Sebagai manusia, Yudas bukan anak kepada “kehancuran, keruntuhan, dan sia-sia” – tetapi perkara-perkara tersebut merupakan gambaran kepada peribadi dan kehidupan Yudas. Yudas merupakan penjelmaan kepada “kebinasaan”. Dalam aspek yang sama Yesus disebut sebagai Anak ADONAI. Anak ADONAI ialah ADONAI. Yesus ialah ADONAI yang telah menjadi manusia (Yohanes 1:1, 14).












Soalan: Apakah rancangan penyelamatan?


Jawapan: Adakah kamu lapar? Bukan kelaparan dari segi fizikal, tetapi adakah kamu mempunyai kelaparan yang luar biasa? Terdapatkah sesuatu di dalam kamu yang belum berpuas hati? Jika ada, maka Yesus ialah penyelesaiannya! “Akulah roti yang memberikan hidup,” kata Yesus kepada mereka. “Orang yang datang kepada-Ku tidak akan lapar dan orang yang percaya kepada-Ku tidak akan dahaga selama-lamanya.” (Yohanes 6:35).


Adakah kamu keliru? Mungkin kamu belum dapat mencari satu jalan atau tujuan hidup? Nampaknya macam terdapat orang yang mematikan lampu supaya kamu tidak dapat mencari suis lampu? Jika begitu, Yesus ialah Jalan itu! Yesus berkata lagi kepada orang Farisi, "Akulah cahaya bagi dunia. Orang yang mengikut Aku tidak akan berjalan dalam kegelapan, tetapi beroleh cahaya yang memberikan hidup." (Yohanes 8:12).


Pernahkah kamu berasa hidup kamu bagai dikurung? Mungkin kamu telah cuba membuka banyak pintu, tetapi di belakang pintu-pintu itu hanya kekosongan dan tiada makna? Adakah kamu sedang mencari pintu masuk ke dalam hidup yang penuh bermakna? Jika ya, Yesus ialah Jalan itu! Yesus mengisytiharkan, “Akulah pintu. Sesiapa yang masuk melalui Aku akan diselamatkan. Dia boleh keluar masuk dan menjumpai padang rumput.” (Yohanes 10:9).


Adakah orang lain menyinggung perasaan anda? Adakah hubungan anda dengan orang lain menjadi tidak rapat dan terputus? Kadangkala orang lain nampaknya seperti hendak mengambil kesempatan terhadap anda? Jika ya, maka Yesus ialah Jalan itu! Yesus berkata, “Akulah gembala yang baik. Gembala yang baik mengorbankan nyawa untuk kawanan dombanya. Akulah gembala yang baik. Sebagaimana Bapa mengenal Aku dan Aku mengenal Bapa, begitu juga Aku mengenal domba-domba-Ku dan mereka pun mengenal Aku.” (Yohanes 10:11,14).


Adakah anda bingung mengenai segala yang bakal terjadi selepas hidup ini? Adakah kamu cuba hidup untuk barang-barang yang boleh rosak dan reput? Adakah kamu kadangkala ragu dan percaya bahawa hidup tidak bermakna? Adakah kamu ingin meneruskan nyawa anda selepas mati? Jika ya, maka Yesus ialah Jalan itu! Yesus berkata kepada Marta, “Akulah yang membangkitkan orang mati dan yang memberikan hidup. Sesiapa yang percaya kepada-Ku akan hidup, meskipun dia sudah mati. Orang yang hidup dan percaya kepada-Ku, tidak akan mati selama-lamanya. Adakah kamu percaya akan hal ini?” (Yohanes 11:25-26).


Apakah Jalan itu? Apakah kebenaran? Apakah hidup? Yesus menjawab, "Akulah jalan untuk mengenal ADONAI dan untuk mendapat hidup. Tidak seorang pun dapat datang kepada Bapa kecuali melalui Aku” (Yohanes 14:6).


Kelaparan yang kamu rasai ialah kelaparan dari segi rohani yang hanya boleh dipenuhi oleh Yesus. Hanya Yesus boleh menghapuskan kegelapan. Yesus ialah pintu masuk ke hidup yang memuaskan. Yesus ialah kawan dan gembala yang kamu cari. Yesus ialah Nyawa dan hidup – dalam kehidupan sekarang dan selepas mati. Yesus ialah Jalan untuk mendapat penyelamatan.


Punca kamu berasa lapar, sesat dalam kegelapan dan tidak boleh melihat makna kehidupan adalah kerana kamu terpisah daripada Tuhan. Kitab Injil menyatakan kita semua telah berdosa dan dipisahkan daripada Tuhan (Pengkhotbah 7:20; Roma 3:23). Kekosongan yang kamu rasa dalam hati adalah akibat daripada ketidakhadiran Tuhan di dalam hidup kamu. Kita dicipta oleh Tuhan untuk mempunyai hubungan dengan-Nya. Oleh sebab dosa kita, maka hubungan kita dengan Tuhan telah terputus. Dan yang lebih buruk lagi ialah dosa kita akan menyebabkan kita terpisah daripada Tuhan selama-lamanya, dalam kehidupan sekarang dan juga selepas mati (Roma 6:23; Yohanes 3:36).


Bagaimana kita hendak menyelesaikan masalah ini? Yesus ialah Jalan itu! Yesus menanggung dosa kita (2 Korintus 5:21), Yesus mati untuk kita (Roma 5:8), menerima hukuman yang patut kita tanggung. Selepas tiga hari, Yesus bangkit daripada kematian dan membuktikan bahawa Dia telah mengalahkan dosa dan kematian (Roma 6:4-5). Mengapa Dia berbuat begitu? Yesus menjawab, “Tidak terdapat kasih yang lebih besar daripada kasih seseorang yang memberikan nyawanya untuk sahabat-sahabatnya.”(Yohanes 15:13). Yesus mati supaya kita boleh hidup. Jika kita percaya kepada Yesus, yakin bahawa kematiannya mampu membayar denda bagi dosa kita – maka semua dosa kita akan diampuni dan dibersihkan. Maka kelaparan rohani kita akan dipenuhi. Cahaya lampu akan dinyalakan. Kita akan mendapat hidup yang bermakna. Kita akan mengenal Yesus sebagai kawan dan gembala yang benar dan terbaik. Kita yakin bahawa kita akan mendapat hidup kekal selepas mati – hidup yang kekal selama-lamanya di syurga bersama Yesus.


“ADONAI sangat mengasihi orang di dunia ini sehingga Dia memberikan Anak-Nya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepada Anak itu tidak binasa tetapi beroleh hidup sejati dan kekal.” (Yohanes 3:16)


Adakah anda sudah membuat keputusan untuk menerima Kristus Yesus sebagai penyelamat anda selepas membaca laman ini? Jika ya, sila tekan butang di bawah “Saya telah menerima Kristus Yesus hari ini”.














Soalan: Adakah Yesus jalan tunggal ke syurga?


Jawapan: “Asalkan saya seorang yang baik, saya akan pergi ke syurga.” “OK, mungkin saya melakukan kejahatan juga, tetapi kebaikan yang saya lakukan lebih banyak, oleh itu saya akan pergi ke syurga.” “Tuhan tidak akan menghantar saya ke neraka walaupun saya tidak hidup mengikut ajaran Kitab Injil. Zaman telah berubah!” “Hanya orang yang amat jahat seperti perogol kanak-kanak dan pembunuh yang akan pergi ke neraka.”


Semua ini adalah fikiran logik kebanyakan orang, tetapi hakikatnya ialah, semua ini adalah pembohongan. Syaitan, pemerintah dunia ini, menanam fikiran seperti ini di dalam otak kita. Dia dan pengikut-pengikutnya adalah musuh Tuhan (1 Petrus 5:8). Syaitan selalu berpura-pura menjadi baik (2 Korintus 11:14), tetapi dia mengawal fikiran manusia yang tidak berpihak kepada Tuhan. “Mereka tidak mahu percaya kepada berita yang kami khabarkan, kerana Iblis yang menguasai dunia ini menjadikan fikiran mereka tertutup. Mereka tidak dapat melihat cahaya yang menyinari mereka. Cahaya itu daripada Berita Baik tentang kemuliaan Kristus, yang merupakan gambaran Tuhan.” (2 Korintus 4:4).


Adalah satu pembohongan jika kita percaya bahawa Tuhan tidak mempedulikan dosa kecil, dan bahawa neraka adalah untuk “orang yang amat jahat”. Semua dosa memisahkan kita daripada Tuhan, walaupun satu pembohongan kecil yang tidak berniat jahat. Semua orang telah berdosa, tiada sesiapa pun yang cukup baik untuk pergi ke Syurga dengan usaha sendiri (Roma 3:23). Kemasukan ke Syurga tidak bergantung kepada kebaikan kamu yang melebihi kejahatan kamu; kita semua akan gagal jika hal ini ialah kriterianya. “Pilihan Tuhan itu tidak berdasarkan perbuatan mereka, tetapi berdasarkan rahmat Tuhan. Jika pilihan Tuhan itu berdasarkan perbuatan manusia, maka rahmat Tuhan itu bukanlah rahmat yang sejati” (Roma 11:6). Kita tidak dapat melakukan apa-apa pun untuk mendapatkan jalan ke syurga (Titus 3:5).


“Masuklah melalui pintu yang sempit itu, kerana lebarlah pintu dan luaslah jalan menuju kepada kebinasaan, dan ramai orang yang masuk melaluinya” (Matius 7:13). Walaupun ramai orang hidup berdosa dan kepercayaan kepada Tuhan tidak popular, Tuhan tidak akan menerima alasan ini. “Kamu hidup di dalamnya, kerana kamu mengikut jalan dunia ini, kerana kamu mentaati penguasa kerajaan angkasa, iaitu roh yang sekarang sedang bekerja di antara orang durhaka” (Efesus 2:2).


Semasa Tuhan mencipta dunia ini, dunia adalah sempurna. Setiap benda adalah baik. Kemudian Tuhan mencipta Adam dan Hawa dan memberi mereka fikiran bebas supaya mereka boleh membuat keputusan untuk mengikut dan mematuhi Tuhan atau tidak. Tetapi Adam dan Hawa, manusia pertama yang dicipta oleh Tuhan, digoda oleh Syaitan dan mengkhianati Tuhan dengan berdosa. Hal ini memisahkan mereka (termasuk kita yang merupakan keturunan mereka) daripada Tuhan maka kita tidak akan mempunyai hubungan rapat dengan Tuhan. Tuhan adalah sempurna dan tidak akan berdekatan dengan dosa. Walau bagaimanapun, Tuhan menyediakan satu cara supaya kita dapat dihubungkan semula dengan-Nya di syurga. “Kerana Tuhan sangat mengasihi orang di dunia ini sehingga Dia mengurniakan Anak-Nya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepada Anak itu tidak binasa tetapi beroleh hidup sejati dan kekal”.(Yohanes 3:16). “Kematian adalah upah dosa, tetapi hidup sejati dan kekal bersama-sama Kristus Yesus, Tuhan kita adalah anugerah Tuhan.” (Roma 6:23). Yesus dilahirkan di dunia ini supaya Dia dapat mengajar kita cara hidup yang betul dan mati untuk kita, Tiga hari selepas kematianNya, Dia bangkit daripada kubur (Roma 4:25), membuktikan bahawa Dia telah memenangi kematian. Dia menjadi satu jambatan di antara Tuhan dan manusia supaya kita boleh mempunyai hubungan peribadi dengan-Nya asalkan kita percaya kepada Yesus Kristus sebagai Penyelamat Individu.


“Inilah hidup yang kekal itu, iaitu bahawa mereka mengenal Kamu, satu-satunya Tuhan yang benar, dan mengenal Yesus Kristus yang telah Kamu utus.”(Yohanes 17:3). Ramai orang yang percaya kepada Tuhan, begitu juga Syaitan. Tetapi untuk mendapat penyelamatan, kita perlu berpihak kepada Tuhan, mewujudkan satu hubungan peribadi, meninggalkan dosa dan mengikuti Tuhan. Kita mesti percaya kepada Yesus dengan segala yang kita ada dan kelakuan kita mesti berubah. “Kita dianggap betul oleh Tuhan apabila kita percaya bahawa Yesus Kristus akan membersihkan dosa kita. Kita semua boleh diselamatkan dengan cara ini, tidak kisah siapa kamu dan apa yang kamu telah lakukan dahulu” (Roma 3:22). Kitab Injil menyatakan tiada penyelamatan lain kecuali Yesus Kristus. Yesus berkata di Yohanes 14:6, “Sayalah jalan dan kebenaran dan hidup. Tidak ada seorang pun yang datang kepada Bapa, kalau tidak melalui Saya.”


Yesus ialah jalan tunggal penyelamatan kerana hanya Dia yang boleh membayar denda dosa kita (Roma 6:23). Tiada agama lain yang mengajar bahawa akibat dosa adalah amat buruk seperti yang dikatakan oleh agama Kristian. Tiada agama lain yang boleh membekalkan bayaran untuk denda dosa seperti Yesus Kristus. Tiada “pengasas agama” yang menyatakan Tuhan menjadi manusia (Yohanes 1:1,14) – cara tunggal dimana hutang dosa yang amat besar boleh dibayar. Yesus mesti merupakan Tuhan supaya Dia boleh membayar hutang kita. Yesus mesti merupakan manusia supaya Dia boleh mati. Penyelamatan hanya boleh diperolehi melalui kepercayaan kepada Yesus! “Dan keselamatan tidak ada di dalam sesiapa pun selain di dalam Dia, kerana di bawah langit ini tidak ada nama lain yang diberikan kepada manusia yang olehnya kita dapat diselamatkan”(Kisah Para Rasul 4:12).


Adakah anda sudah membuat keputusan untuk menerima Kristus Yesus sebagai penyelamat anda selepas membaca laman ini? Jika ya, sila tekan butang di bawah “Saya telah menerima Kristus Yesus hari ini”.












Soalan: Apakah yang diajarkan Alkitab tentang Tritunggal?


Jawapan: Perkara yang paling sulit tentang konsep Tritunggal orang Kristian adalah tidak ada jalan yang cukup bagus untuk menjelaskannya. Konsep tritunggal mustahil difahami oleh manusia manapun, apalagi hendak menjelaskannya. Tuhan itu jelas jauh lebih besar daripada kita oleh yang demikian kita tidak boleh berharap untuk dapat memahami Dia dengan sepenuhnya. Alkitab mengajar bahawa Bapa itu Tuhan, Yesus itu Tuhan dan Roh Kudus itu Tuhan. Alkitab juga mengajar bahawa hanya ada satu Tuhan. Walaupun kita dapat memahami beberapa fakta tentang perhubungan di antara peribadi yang berbeza pada Tritunggal, akhirnya ia tidak dapat difahami fikiran manusia dengan sepenuhnya.


Dalam menyelidiki tajuk pembelajaran ini kita perlu ingat bahawa istilah “Tritunggal” itu tidak ada digunakan dalam Alkitab. Istilah ini digunakan dalam usaha menjelaskan Tuhan yang bersifat tiga dalam satu iaitu kenyataan tentang terdapatnya 3 Peribadi bersifat sama-wujud, sama-kekal yang adalah Tuhan. Perlu dimengerti bahawa konsep ini sama sekali bukan mengatakan wujudnya 3 Tuhan. Tritunggal adalah satu Tuhan yang terdiri daripada 3 Peribadi. Tidak ada salahnya menggunakan istilah “Tritunggal” walaupun istilah ini tidak terdapat dalam Alkitab. Lebih singkat menggunakan istilah “Tritunggal” berbanding “3 wujud-bersama, kekal bersama yang adalah satu Tuhan”. Sekiranya penggunaan istilah tritunggal ini menjadi masalah kepada anda, maka pertimbangan seperkara ini: perkataan ‘datuk’ juga tidak digunakan dalam Alkitab. Tapi kita tahu bahawa terdapat ramai datuk dalam Alkitab. Abraham merupakan datuk kepada Yakub. Jadi jangan merasa janggal terhadap istilah “tritunggal” itu sendiri. Apa yang sangat mustahak adalah konsep yang disampaikan oleh istilah “tritunggal” memang terdapat dalam Alkitab. Setelah selesai dengan pengenalan, berikut merupakan ayat-ayat Firman yang selalu diberikan dalam perbincangan berhubung Tritunggal. 


1) Ada satu Tuhan: Ulangan 6:4, 1 Korintus 8: 4; Galatia 3:20, 1 Timotius 2: 5


2) Tritunggal itu terdiri dari Tiga Peribadi: Kejadian 1:1; 1:26; 3:22; 11:7; Yesaya 6:8; 48:16; 61:1; Matius 3:16-17; Matius 28:19; 2 Korintus 13:14. Dalam Perjanjian Lama,pengetahuan kitab Ibrani sangat membantu. Dalam Kejadian 1:1, sebutan jamak “Elohim” digunakan. Tidak dapat dipertikai kata “Elohim” dan “kita” sebagai merujuk kepada lebih daripada dua. Dalam bahasa, terdapat hanya dua bentuk sebutan untuk bilangan iaitu tunggal atau jamak. Dalam bahasa Ibrani terdapat tiga bentuk sebutan: tunggal, berganda dan jamak. Berganda hanya untuk dua. Dalam bahasa Ibrani bentuk berganda digunakan untuk sesuatu yang berpasangan seperti pada mata,telinga dan tangan. Istilah “Elohim” dan “kita” adalah bentuk jamak – lebih daripada dua – dan pasti merujuk kepada lebih daripada tiga (Bapa, Anak Roh Kudus).


Dalam Yesaya 48:16 dan 61:1, Anak sedang bercakap sambil merujuk kepada Bapa dan Roh Kudus. Bandingkan Yesaya 61:1 dengan Lukas 4:14-19 bagi melihat bahawa Anak sedang berkata-kata. Matius 3:16-17 menceritakan peristiwa pembaptisan Yesus. Apa yang dapat dilihat di sini adalah Roh Kudus turun kepada Anak sementara Bapa mengisytiharkan rasa senang-Nya terhadap Anak. Matius 28:19 dan 2 Korintus 13:14 adalah contoh-contoh untuk 3 peribadi yang berbeza dalam Tritunngal. 


3) Anggota Tritunggal dibezakan di antara satu dengan yang lain dalam beberapa petikan: Dalam Perjanjian Lama , “TUHAN” dibezakan daripada “Tuhan” (Kejadian 19:24; Hosea 1:4). “TUHAN” mempunyai seorang “Anak” (Mazmur 2: 7,12; Amsal 30:2-4). Roh dibezakan daripada “TUHAN” (Bilangan 27:18) dan daripada “ADONAI” (Mazmur 51:12). Anak berbeza dengan Bapa (Mazmur 45:6-7; Ibrani 1:8-9). Dalam Perjanjian Baru iaitu dalam Yohanes 14:16-17, Yesus bercakap tentang Bapa mengirim Roh Kudus sebagai Penolong. Ini menunjukkan bahawa Yesus tidak menganggap diri-Nya sebagai Bapa atau Roh Kudus. Pertimbangkan juga tentang Yesus yang bercakap-cakap kepada Bapa dalam keempat kitab Injil. Adakah Dia berkata-kata kepada diri-Nya sendiri? Tidak. Dia berkata-kata kepada satu Peribadi yang merupakan salah satu Peribadi dalam ADONAI Tritunggal iaitu kepada ‘Bapa’. 


4) Setiap anggota Tritunggal adalah Tuhan. Bapa adalah Tuhan: Yohanes 6;27; Roma 1: 7; 1 Petrus 1: 2. Anak adalah Tuhan: Yohanes 1:1, 14; Roma 9:5; Ibrani 1: 8; 1 Yohanes 5: 20. Roh Kudus adalah Tuhan: Kisah 5: 3-4; 1 Korintus 3: 16 (Yang tinggal di dalam kita adalah Roh Kudus – Roma 8: 9; Yohanes 14: 16-17; Kisah Rara Rasul 2: 1-4)


5) Kedudukan pangkat dalam Tritunggal: Firman Tuhan menunjuk bahawa Roh Kudus lebih rendah kedudukan kepada Bapa dan Anak, sementara Anak lebih rendah kedudukan kepada Bapa. Inilah bahagian yang paling sukar dimengerti oleh fikiran manusia yang terbatas berkenaan Tuhan kita yang tidak terbatas. Tentang Anak lihat: Lukas 22:42; Yohanes 5:36; Yohanes 20:21; 1 Yohanes 4:14. Berhubung Roh Kudus: Lihat Yohanes 14:16, 26; 16: 7 terutama sekali Yohanes 16: 13-14. 


6) Tugas-tugas setiap peribadi dalam Tritunggal: Bapa adalah punca utama atau penyebab kepada: 1) alam semesta ( 1 Korintus 8: 6; Wahyu 4:11); 2) wahyu ilahi (Wahyu 1: 1); 3) keselamatan (Yohanes 3:16-17) dan 4) apa yang dikerjakan Yesus sebagai manusia (Yohanes 5:17; 14:10). Kesemua perkara ini berlaku di atas inisiatif Bapa. 


Anak adalah saluran yang melalui-Nya Bapa melakukan pekerjaan-pekerjaan yang berikut: 1) penciptaan dan penyenggeraan alam semesta (1 Korintus 8:6; Yohanes 1: 3; Kolose 1: 16-17), 2) wahyu ilahi (Yohanes 1:1; Matius 11:27; Yohanes 16:12-15; Wahyu 1:1); dan 3) keselamatan (2 Korintus 5:19; Matius 1:21; Yohanes 4:42). Bapa melakukan semua ini melalui Anak yang berperanan sebagai ajen-Nya.


Roh Kudus merupakan saluran yang melalui-Nya Bapa melakukan pekerjaan-pekerjan yang berikut: 1) penciptaan dan penyenggeraan alam semesta (Kejadian 1:2; Ayub 26;13; Mazmur 104:30); 2) wahyu ilahi (Yohanes 16: 12-15); Efesus 3: 5; 2 Petrus 1: 21); dan 4) pekerjaan-pekerjaan Yesus (Yesaya 61:1; Kisah Para Rasul 10:38). Demikianlah Bapa melakukan kesemua perkara ini dengan kuasa Roh Kudus.


Tidak ada satupun daripada contoh-contoh terkenal yang dapat memberikan penjelasan sepenuhnya tentang Tritunggal. Contoh telur (atau epal), adalah contoh yang gagal sebab cengkerang, putih-telur dan kuning-telur setiap satunya adalah bahagian kepada telur tetapi setiap satunya bukanlah telur itu sendiri. Bapa, Anak dan Roh Kudus bukan bahagian-bahagian daripada Tuhan, melainkan setiap satunya adalah Tuhan. Contoh air merupakan contoh yang lebih baik namun ianya satu contoh yang gagal juga. Cecair,wap dan pepejal kesemuanya adalah bentuk-bentuk air. Bapa, Anak dan Roh Kudus bukannya bentuk-bentuk Tuhan, melainkan setiap satunya adalah Tuhan. Jadi, sementara contoh-contoh ini dapat memberikan sedikit gambaran perihal Tritunggal, gambaran yang diberikan tidaklah tepat pada keseluruhannya. Tuhan yang baka tidak dapat djelaskan dengan menggunakan contoh-contoh yang fana. Daripada memfokus kepada Tritunggal, adalah lebih baik memfokus kepada sifat dan kebesaran Tuhan yang sangat tidak terbatas berbanding dengan kita. “O, alangkah dalamnya kekayaan, hikmat dan pengetahuan ADONAI! Sungguh tak terselidiki keputusan-keputusan-Nya dan sungguh tak terselami jalan-jalan-Nya! Sebab, siapakah yang mengetahui pikiran Tuhan? Atau siapakah yang pernah menjadi penasihat-Nya?” (Roma 11:33-34)





Soalan: Apa yang akan berlaku selepas mati?

Jawapan: Soalan mengenai perkara yang akan berlaku selepas mati adalah mengelirukan. Kitab Injil bukan sangat jelas tentang masa seseorang akan menemui takdir muktamadnya. Kitab Injil memberitahu kita bahawa selepas seseorang mati, dia akan diangkat ke syurga atau dihantar ke neraka bergantung kepada sama ada dia percaya kepada Yesus sebagai Penyelamat Individu atau tidak? Bagi orang yang percaya kepada Yesus, selepas kematian dia akan meninggalkan badan fizikal ini dan berada bersama dengan Tuhan Yesus (2 Korintus 5:6-8; Filipi 1:23). Untuk mereka yang tidak percaya, selepas kematian mereka akan menerima hukuman abadi di neraka (Lukas 16:22-23).

Hal ini yang mengelirukan kita mengenai perkara yang berlaku selepas mati. Wahyu 20:11-15 menyatakan bahawa mereka yang berada di neraka adalah dicampak ke dalam tasik berapi. Wahyu bab 21-22 menyatakan bahawa terdapat satu Syurga Baru dan Bumi Baru. Oleh itu, nampaknya sebelum kebangkitan terakhir, selepas mati roh manusia akan berada di satu Syurga atau Neraka sementara terlebih dahulu. Takdir muktamad seseorang tidak akan diubah tetapi lokasi takdir akhirnya mungkin akan bertukar. Suatu ketika nanti selepas mati, mereka yang percaya kepada Yesus akan dihantar ke Syurga Baru dan Bumi Baru (Wahyu 21:1). Suatu ketika nanti selepas mati, mereka yang tidak percaya kepada Yesus akan dicampak ke dalam tasik berapi (Wahyu 20:11-15). Tempat itulah destinasi terakhir dan abadi untuk semua orang – bergantung sepenuhnya kepada sama ada mereka percaya kepada Yesus untuk mendapat penyelamatan dan pengampunan dosa atau tidak.



Soalan: Jika saya menukar ke agama Kristian, keluarga saya tidak akan mengakui saya dan saya akan diseksa oleh adat resam. Apakah yang boleh saya lakukan?

Jawapan: Pengikut-pengikut Kristian di negara yang mempunyai kebebasan beragama sukar untuk memahami kesusahan pengikut Kristus di negara lain yang tiada kebebasan beragama. Kitab Injil yang merupakan firman Tuhan, memberi kefahaman tentang cabaran hidup dan kesusahan sebegini, tidak mengira masa dan tempat. Yesus telah mengatakan bahawa mengikutinya ialah pengalaman yang mencabar. Sebenarnya, pilihan ini memerlukan kita mengorbankan segala yang kita ada. Pertama, kita perlu mengorbankan diri. Yesus memberitahu orang ramai yang mengikutinya, "Jika seseorang hendak mengikut Aku, dia mesti melupakan kepentingan sendiri, memikul salib, dan mengikut Aku.” (Markus 8:34). Salib ialah alat menjatuhkan hukuman mati dan Yesus menjelaskan bahawa mengikutinya bermakna mati terhadap diri. Semua nafsu dan keghairahan dunia ini hendaklah disalib supaya kita boleh mendapat nyawa baru di dalam Yesus, kerana tiada orang yang dapat melayani dua orang tuan (Lukas 16:13). Tetapi nyawa baru adalah lebih bernilai daripada segala yang kita boleh perolehi daripada dunia ini.

Kedua, mengikut Yesus mungkin boleh merosakkan hubungan kamu dengan keluarga dan kawan. Yesus menjelaskan di Matius 10:32-39 bahawa dia datang ke dunia ini untuk memisahkan pengikut-pengikutnya daripada keluarga mereka, tetapi bagi mereka yang tidak dapat benci (kurang kasihi) keluarganya tidak layak menjadi pengikutnya. Jika kita menafikan Kristus untuk berbaik-baik dengan keluarga di dunia ini, Dia akan menafikan kita di syurga. Jika ini berlaku, maka kita tidak akan dapat masuk ke syurga. Tetapi jika kita mengakui Yesus di depan orang, tidak mengira apa harga yang perlu dibayar, Dia akan memberitahu Tuhan, “orang ini kepunyaan saya, terimanya masuk ke Dunia Tuhan.” Hidup kekal ialah “mutiara yang sangat bernilai” di Matius 13:44-45 iaitu semua benda kita boleh dilepaskan demi hidup kekal. Adalah tidak bijak jika kita berpegang kepada benda-benda yang tidak kekal di dunia ini dan lupakan hidup kekal di akhirat. . “Apa gunanya jika seseorang memiliki seluruh dunia ini, tetapi kehilangan hidup yang sejati?” (Markus 8:36). Seperti Jim Elliot, mubaligh yang dibunuh kerana membawa agama Kristian ke Huaorani Indian di Ekuador, berkata, “Orang itu adalah tidak bodoh jika dia memberi segala yang tidak boleh disimpan kekal untuk mendapat segala yang dia tidak mampu hilangkan.”

Yesus menjelaskan bahawa penyeksaan demi-Nya memang tidak boleh dielakkan. Dia menggalakkan kita agar menghadapi kesukaran ini dan tidak berputus asa semasa menghadapi kesusahan. Dia menganggap mereka yang diseksa kerana percaya kepada-Nya sebagai satu “restu” dan mengingatkan kita bahawa “Berbahagialah orang yang dianiaya disebabkan kebenaran, kerana mereka memiliki Kerajaan di Syurga.” Dia juga mengingatkan bahawa kita yang kepunyaannya akan selalu diseksa. Nabi-nabi di Perjanjian Lama juga diseksa, dicabul, dianiayai, dibunuh dan dipecah-belah!(Ibrani 11:37) Semua pengikut Yesus (kecuali Yohanes yang dihantar ke pulau Patmos) telah dibunuh kerana percaya kepada Yesus. Tradisi mengatakan bahawa Petrus disalib terbalik kerana dia merasakan dirinya tidak layak mati seperti Yesus. Dia menulis, “Berbahagialah kamu, jika kamu dihina kerana kamu pengikut Kristus, kerana Roh kemuliaan, iaitu Roh Tuhan ada padamu.” (1 Petrus 4:14). Paulus dipenjara, dipukul dan dibaling batu semasa berceramah mengenai Kristus, tetapi dia menganggap penyeksaan ini kecil jika dibandingkan dengan kemuliaan pada masa depan (Roma 8:18).

Walaupun harga menjadi pengikut Yesus tinggi, tetapi terdapat juga upah sekarang dan di dunia akan datang. Yesus berjanji akan selalu bersama kita, sehingga ke dunia kiamat (Matius 28:20); Dia tidak akan meninggalkan kita (Ibrani 13:5); dia faham kesakitan dan kesusahan kita kerana Dia sendiri telah menderita untuk kita (1 Petrus 2:21); Kasih-Nya tiada had, Dia tidak akan menguji kita di luar kebolehan kita menerima cabaran itu dan Dia akan selalu menyediakan jalan keluar (1 Korintus 10:13). Apabila kita menjadi orang yang pertama menerima Yesus dalam keluarga kita, kita menjadi ahli keluarga Tuhan yang pertama dan merupakan duta Tuhan kepada orang yang kita kasihi dan juga kepada seluruh dunia ini. Jika begitu, kita akan menjadi alat kepada Tuhan untuk menarik lebih ramai orang kepada Tuhan, memberi kita kegembiraan sebenar dan di luar daya pemikiran kita.








Soalan: Apakah Makna kehidupan?

Jawapan: Apakah makna kehidupan? Bagaimana saya dapat mencari tujuan dan kepuasan hidup? Adakah saya mampu mencapai sesuatu yang senantiasa bermakna? Begitu ramai orang tidak berhenti bertanya mengenai makna kehidupan. Mereka mengimbas kembali selepas beberapa tahun dan bingung mengapa hubungan telah terputus dan mengapa masih terasa kekosongan jiwa walaupun telah mencapai tujuan mereka. Seorang pemain besbol yang berjaya telah ditanya apakah nasihat yang dia hendak terima daripada orang lain semasa dia mula-mula bermain besbol? Dia menjawab, “Saya harap ada orang yang memberitahu saya bahawa apabila kamu sudah mencapai tahap tertinggi, kamu akan dapati bahawa tiada apa-apa pun di sana!” Banyak orang masih terasa kekosongan jiwa selepas beberapa tahun berusaha mencapai tujuan mereka.

Dalam masyarakat kita, ramai orang yang mengejar tujuan mereka dan berpendapat bahawa mereka akan mencapai makna kehidupan melalui usaha mereka. Segala yang mereka kejar termasuklah: kejayaan dalam perniagaan, kekayaan, hubungan yang baik, seks, hiburan, berbuat baik terhadap orang lain dan sebagainya. Tetapi terdapat ramai orang memberi saksi bahawa setelah mereka mencapai tujuan, kekayaan, hubungan yang baik dan keseronokan, masih terdapat kekosongan dalam hati – satu perasaan yang tidak dapat dipenuhi oleh apa-apa pun.

Penulis buku Pengkhotbah mengatakan bahawa perasaan kekosongan inilah yang dialami olehnya, “Semuanya sia-sia, kata Pengkhotbah, semuanya sia-sia dan tidak bermakna.” Penulis ini telah mendapat kekayaan, kepandaian yang jauh lebih tinggi daripada orang lain, beratus-ratus perempuan, istana dan kebun bunga yang cantik, makanan dan minuman yang sedap, dan memiliki semua jenis hiburan yang diingini. Tetapi dia membuat keputusan bahawa “kehidupan di dunia ini” (kehidupan ialah segala yang kita boleh lihat dan rasa dengan deria kita) adalah tidak bermakna! Mengapa terdapat kekosongan? Hal ini adalah disebabkan Tuhan mencipta kita bagi sesuatu yang melebihi segala yang kita boleh alami buat masa sekarang. Solomon mengatakan mengenai Tuhan, “Dia menanam keabadian di dalam hati semua manusia…” Hati kita mengetahui dengan ketara bahawa segala yang ada sekarang tidak sempurna lagi.

Dalam buku Kejadian, buku pertama Kitab Injil, kita mendapati bahawa Tuhan mencipta manusia mengikut rupa bentuknya sendiri (Kejadian 1:26). Hal ini bermakna kita lebih mirip Tuhan daripada benda-benda lain. Kita dapati bahawa sebelum manusia berdosa dan dunia ini dikutuk oleh Tuhan, perkara berikut adalah benar: (1) Tuhan mencipta manusia sebagai makhluk sosial (Kejadian 2:18-25); (2) Tuhan memberi manusia kerja (Kejadian 2:15); (3) Tuhan mempunyai hubungan yang baik dengan manusia (Kejadian3:8); (4) Tuhan memberi manusia kuasa untuk memerintah dunia (Kejadian 1:26). Apakah makna semua ini? Saya yakin bahawa semua ini adalah cara Tuhan menambah makna ke dalam hidup manusia, tetapi kesemua ini (khasnya hubungan baik dengan Tuhan) telah termusnah setelah manusia berdosa dan membawa kutukan ke atas dunia (Kejadian 3).

Di dalam buku Wahyu, buku terakhir Kitab Injil, akhirnya selepas banyak perkara berlaku, Tuhan akan memusnahkan dunia sekarang dan mencipta sebuah dunia yang baru untuk kehidupan abadi. Pada masa itu, Dia akan memulihkan hubungan yang baik dengan manusia dan mengampuni dosa manusia. Terdapat sebahagian besar manusia yang setelah diadili dan didapati tidak layak akan dibuang ke dalam tasik berapi (Wahyu 20:11-15). Dan kutukan ke atas dosa akan dihapuskan; pada masa itu tiada lagi dosa, kesakitan, kesedihan, kematian dan tangisan (Wahyu 21:4). Semua orang yang percaya akan memperoleh restu Tuhan; Tuhan akan hidup bersama mereka, dan mereka akan menjadi anak Tuhan (Wahyu 21:7). Oleh itu, berbalik kepada semua yang kita katakan tadi, Tuhan mencipta kita untuk menikmati hubungan yang baik dengan-Nya; tetapi manusia berdosa dan merosakkan hubungan itu; Tuhan memulihkan hubungan itu sepenuhnya dan menyelamatkan mereka yang percaya kepada Berita Baik. Sekarang, kehidupan yang boleh mencapai kejayaan di dunia tetapi terpisah daripada Tuhan secara kekal adalah kehidupan yang paling buruk! Tetapi Tuhan memberi kita satu jalan untuk mendapat restu yang kekal (Lukas 23:43), dan juga kehidupan yang bermakna buat masa sekarang. Sekarang, apakah restu kekal ini dan bagaimana “syurga di bumi” boleh dicapai?

Makna kehidupan dipulihkan melalui Yesus Kristus.

Seperti yang dikatakan tadi, makna sebenar kehidupan sekarang dan di dunia akhirat boleh didapati melalui hubungan Tuhan-manusia yang dipulihkan selepas termusnah semasa Adam dan Hawa berdosa. Sekarang, hubungan baik dengan Tuhan adalah mungkin melalui Anak Tuhan Yesus Kristus (Kisah 4:12; Yohanes 14:6; 1:12). Kehidupan abadi diperoleh apabila seseorang itu mengaku salah (tidak akan membuat salah dan membenarkan Yesus mengubah nyawanya) dan bergantung kepada Yesus sebagai Penyelamat individu-Nya (baca soalan “Apakah rancangan penyelamatan?” untuk maklumat lanjut).

Sekarang, makna sebenar kehidupan bukan sahaja didapati apabila seseorang menerima Yesus sebagai Penyelamat individu, tetapi juga apabila orang itu mengikut and mematuhi ajaran Yesus dan menjadi pengikut-Nya, belajar daripada Yesus, membaca Kitab Injil, berhubungan dengan Yesus melalui doa dan berjalan dengan Yesus dan mematuhi semua perintah-Nya. Jika kamu belum percaya (atau baru percaya), kamu mungkin berkata, “Hal ini tidak kelihatan menakjubkan dan memuaskan bagi saya!” Tetapi sila terus membaca, Yesus berkata bahawa:

“Marilah kepada-Ku, hai kamu semua yang lelah kerana memikul beban yang berat; Aku akan membebaskan kamu daripada beban kamu. Ikutlah perintah-Ku dan terimalah ajaran-Ku, kerana Aku ini lemah lembut dan rendah hati; kamu akan mendapat kesejahteraan. Perintah yang Aku berikan kepada kamu mudah diturut, dan beban yang Aku berikan mudah dipikul.” (Matius 11:28-30). “Pencuri datang hanya untuk mencuri, membunuh dan merosak. Tetapi Aku datang supaya manusia mendapat hidup, iaitu hidup yang kelimpahan.”(Yohanes 10:10). “Kemudian Yesus berkata kepada pengikut-pengikut-Nya, “Jika seseorang hendak mengikut Aku, dia mesti melupakan kepentingan sendiri, memikul salib dan mengikut Aku. Sesiapa yang mempertahankan hidupnya akan kehilangan hidup yang sejati. Tetapi sesiapa yang mengorbankan hidup untuk-Ku, akan mengalami hidup yang sejati.” (Matius 16:24-25). “Carilah kebahagiaan yang datang daripada Tuhan, dan Dia akan memuaskan keinginan hatimu.”(Mazmur 37:4).

Maknanya ialah kita mempunyai pilihan. Kita boleh mencari jalan sendiri untuk menjalani hidup kita (akibatnya ialah hidup yang kekosongan) atau kita boleh memilih untuk mengikut Tuhan dan membiarkan Tuhan memimpin kita (akibatnya ialah kita akan berasa puas hati dengan seluruh hidup kita, keinginan kita dipenuhi dan hidup penuh bermakna). Hal ini boleh dicapai kerana Tuhan mengasihi kita dan memberikan kita restu (bukan kehidupan yang senang, tetapi kehidupan yang penuh bermakna).

Sebagai penutup, saya hendak memberi satu contoh daripada seorang rakan saya yang merupakan pastor. Jika kamu seorang peminat sukan dan hendak menonton satu perlawanan profesional, kamu boleh membeli tiket yang murah iaitu sebanyak beberapa ringgit dan duduk di bahagian belakang stadium, atau kamu boleh membayar beratus ringgit dan duduk di hadapan supaya dekat dengan perlawanan itu. Begitu juga dengan kehidupan Kristian. Melihat Tuhan secara dekat bukan untuk orang yang hanya menjadi Kristian pada hari Ahad. Mereka tidak membayar harga yang tinggi. Melihat Tuhan secara dekat adalah bagi pengikut Yesus yang ikhlas yang berhenti mengejar tujuan sendiri dan mengejar tujuan yang diajar oleh Tuhan. Mereka membayar harga tiket yang tinggi (meletakkan diri di tangan Kristus dan mematuhi ajaran-Nya); mereka menikmati hidup yang bermakna; dan mereka bangga melihat diri mereka, orang lain dan Tuhan tanpa perasaan kesal! Sudahkah kamu membayar harga itu? Sudikah kamu berbuat begitu? Jika Ya, kamu tidak akan berasa kekosongan atau mengalami kelaparan mencari makna kehidupan lagi.




No comments:

Post a Comment